Jomlah eishya

“Eishya, jom join usrah . Jomlah sama-sama berda’wah . Eishya , ummah kite makin punoh. Islam kembali ghurbah thaniyyah, asing buat kali kedua. Eishya, jomlah kita bangkit mengubah segalanya. Jom join program. Kite bina kembali semangat-semangat yang pudar. Kita bangkitkan kembali roh-roh Islam dalam diri, menjadi ar-rijal wa an-nisa’ yang akan menghilangkan Ghurbah Ath-Thaniyah. ”  

”Tak nak lah. Eishya nak study ni. Result Eishya teruk sangat. Eishya nak rehat. Eishya dah banyak bergerak sebelum ni. Sebab banyak program lah, Eishya takde mase nak study. Tak sempat buat assignment. Semua sebab bergerak. Dakwah ! Tarbiyyah! Program! Menyesal je ikut. Bosan betul. Kan Islam tu syumul? Takkan nak program je sepanjang mase. Eishya dah bekerja dah lama. Bagi Eishya rehat. Korang kan kate, nak berjaya, kne la study. So, sekarang Eishya nak fokus study dulu,ok? Esok lusa, dapat result gempak, pointer comei-comei, Eishya teruskan kembali kerja dakwah tu. Biar Eishya stabil dulu lah, ok? Eishya takut banyak buat keje-keje ni, nanti result makin down. Kan nanti fitnah pada jemaah, pada Islam? ”

 ”Eishya, kita pernah bergerak bersama,kan? Eishya, dakwah dan pelajaran bukan bukan macam jongkang jongking. Bukan.”

 ”Jongkang-jongking? Apa Aqmar cakap ni? Eishya tak faham. Eishya bosan.”

 ”Benar, Eishya.. dakwah dan pelajaran, bukan persis jongkang-jongking. Atas dan bawah. Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah. Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah. Itu bukan dakwah. Itu bukan belajar namanya.”
 ” Dah tu? Aqmar nak kata selama ni Eishya tak belajar lah? Aqmar nak kate, Eishya tak study ? ”

 ” Astagfirullah.. Eishya, Aqmar tak maksudkan begitu. Eishya pernah dengar,kan? Jemaah nombor 1, study bukan nombor 2; study no 1, jemaah bukan nombor 2? Macam tu juga dakwah dan pelajaran . Kena berkadar terus. Tak boleh berkadar songsang.”

 ”Maksud Aqmar? ”

”Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya. ”

“Eishya tak faham..”


”Gini, boleh Aqmar terangkan? Ok, bila dah berdakwah tu, patutnya, rasa senang je nak study. Bila belajar tentang paramecium sippilin, hebatnya Allah yang menciptakan.Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri, lantaran terfikir dari mana datangnya idea yang membentuk rumus-rumus. Dari Allah ! Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta. Kenapa? Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah. Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah. Rasa senang hati nak terima ilmu. Kalau orang lain study 1 jam, dia hanya perlukan masa study 10 minit sahaja. Sebab apa? Keberkatan.Sebab ada keberkatan masa dalam study-nya itu. ”

”Eishya tak pernah punrasa semua itu. Study, makin lama makin susah nak catch-up. So, ape awak nak kata, Aqmar? Awak nak cakap selama ni Eishya just join program? Ikut program-program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas? Sekadar ikut arahan, nak nampakkan Eishya ni orang yang kuat hanya di mata manusia?”

 ”Astaghfirullah.. Eishya, bukan maksud Aqmar gitu.. Cuma, Aqmar dan Eishya dan semua sahabat kene check semula. Hati. Check semula hati-hati kita. Masa kita bergerak dan berprogram, ada kita main tarik tali dengan Allah? ”

”Apa maksud Aqmar? Tarik tali dengan Allah? Eishya tak faham..”


”Ok, contohnya, masa buat kerja dakwah tu,ada terlintas tak di hati , ’banyak lagi tak study. Assignment banyak lagi tak siap. Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah. Ada ragu-ragu dalam hati. Macamnye tak yakin dengan janji Allah. Kan Allah dah janji dalam Surah Muhammad, ayat 7; Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya. Kita berjual beli dengan Allah, tapi tak bayar lagi. Kita berdoa, tapi tak bersungguh dalam berdoa. Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah. Kita buat usrah, tapi just sekadar cukup syarat. Kurangnya keyakinan pada janji-jani Allah. Kurang bergantung harap dengan Allah.”

” Eishya dah faham. Eishya kena banyakkan lagi muhasabah dan ambil tindakan. Dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk. Ini pun peringatan dari Allah,kan?
Dah tahu hukum berdakwah, tapi tak laksanakan. Kalau laksanakan pun, sambil lewa. ”

”Eishya, habibi fillah.. Bayangkan, seorang ibu pernah berkata : ’Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam’.

Eishya, itulah yang ingin kita bentuk dalam diri kita. Aqmar nak gitu. Setiap perbuatan Aqmar dan kite semua jadi manifestasi dakwah itu sendiri. Pelajaran, hubungan dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah. Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya . 

Eishya, Aqmar nak berkongsi dua kisah,

Pertama, mengenai kisah As-syaheed Imam Hasan Al-Banna
Dan kedua kisah sahabatku di Indonesia. Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama. Menjadi motivasi buat kita untuk terus berada dalam medan dan jalan ini.

Eishya, pastinya Eishya lebih arif mengenai Assyahid Imam Hassan Al-Banna . Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga kekawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusiamengenalinya . Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah . 

Eishya sayang, Aqmar juga akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu sudah menjadi Sunnatullah. 

Tapi Eishya, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. Usaha untuk bergerak dalam Islam, melebarkan dakwah tak boleh ditunggu hingga kita mendapat dulu apa yang diri kita nakkan. Mahukah kita, dalam kesibukan kita mengejar impian kejayaan kita, kita tangguhkan sementara kerja dakwah..dan dalam masa yang sama, musuh-musuh Islam merobek Islam. Mahukah kita, di ambang Islam naik semula, dimartabatkan semula dibumi ini, tangan-tangan kita lah yang meruntuhkannya semula, hanya semata-mata untuk kepentingan diri kita sendiri, mengabaikan tuntutan ummah? Pasti Eishya, Aqmar, dan semua umat Islam tak nak. Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya. Pengorbanan bukanlah bererti kita tinggalkan terus pelajaran kita. Keypointnya, BERUSAHA!! Jangan cari alasan. BERUSAHA!!

Eishya, Aqmar kongsikan lagi pembacaan Aqmar dalam buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna:

Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin. Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya. Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik.
Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah. Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat. Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah. Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. 
Dia pernah bertanya kepadaAllah 
Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya. Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah. Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya.

Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yanglain. Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab, 
"Aku tak suka membanding-bandingkan apa yang Allah berikan kepada hamba- hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allahdalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku takpunya harta sedikit pun".

Aqmar teringat email yang pernah diterima dari seorang kawan.Tulisannya benar-benar terkesan di hati. Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus semenjak kecil. Kisah ini kisah benar. Saya namakan wanita ini A. A memerlukantongkat untuk berjalan. A tidak berapa cantik, tidak slim dan tidak tinggi. Satu sahaja keinginan A. A ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan SUBHANALLAH.
Keinginan A tercapai. Bila A belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan SUBHANALLAH. Bila A berjaya masuk ke universiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan SUBHANALLAH. Bila A menyudahkan pelajarannya, sekali lagi manusia mengucapkan SUBHANALLAH. Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan SUBHANALLAH apabila A mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman.
Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu A berikan kepada suaminya. Takdir Allah menentukan yang sebaiknya. Allah mengurniakan A dan suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna. Sekali lagi orang ramai mengucapkan SUBHANALLAH. Dengan kecacatanya, A masih mampu membuat manusia mengingati Allah. SUBHANALLAH.
Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama. 

Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum..? Dia sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawa panji bendera Islam. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh. Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. SUBHANALLAH.

Saudaraku , pasti kalian ingat lagi As-syahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan ’izzah. Musuh menggeruninya.

Saudaraku, kita sempurna fizikal. Tiada kecacatan mental. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam. Ayuh berada dalam saff perjuangan.

Bukankah ALLAH menyintai hambaNya yang berada dalam satu saff? Tidak inginkah kita menjadi hamba yang dicintai ALLAH?

Ya Rabbi, Ampuni aku yang selama ini tidak menyedari kejahilan diri. Ampuni aku yang selama ini leka dan asyik dengan gerakan, tetapi angkuh padaMU dan tidak mengenaliMU. Ampuni aku yang hanya mementingkan diri, tidak kepada maslahah agamaMU. Rabbi, aku mengerti, sekiranya aku tiada, Islam tidak akan terjejas sedikit pun. Namun ya Tuhan, jangan, jangan keluarkan dan gelincirkan aku dari jalan ini. Sungguh, aku bertaubat padaMU. 
Demi Tuhan Yang Maha Sempurna, terima kasih kerna memungut aku di tepi lembah jahiliyyah, dan memasukkan aku ke dalam gerakan ini. Jalan ini aku melangkah. Takkan sesekali aku undur. Biar luka berdarah, semangatku takkan luntur. Terima kasih kerana menyayangi aku dengan teguran-teguran ini. Jangan KAU biarkan aku hanyut sendiri..”



sumber: yahoogroup

0 comments:

Post a Comment