carilah usrah

"Nuraisha, bila udah ke U, cari lah usrah."

Bait kata ayah terngiang-ngiang. Kenapa perlu cari usrah? Apa maksud ayah? Adakah usrah tu wajib? Namun itu hanyalah lontaran suara hati. 


"Kak Aisha, join usrah tu wajib ke kak?" kedengaran soalan terpacul dari peserta Wajah2 Kilauan Permata Cordova (Cordov). Riak air muka peserta lain seolah menanti jawapan.


"Ayah, kenapa hari tu ayah suruh Nu cari usrah? wajib ke ayah?"
Lalu ayah menjawab.
"Boleh jadi wajib, dan ia juga tak wajib." Ayah meneruskan pembacaan kitab dan membuat persediaan untuk menjadi khatib di masjid jamek al-Falah. Ayah selalu begini. Ayatnya ringkas. Tidak lagi ayah diganggu dengan tujahan soalan. Biarkan ayah bersedia. Jawapan yang aku ingini pasti ada. Sama ada segera, mahupun perlahan-lahan ku hadam dalam erti lewat kehidupanku. Dan penitian hidup sedikit sebanyak membuahkan faham..





“ Hmm... Usrah itu, wajib dan tak wajib”. Jawabku dengan tenang dan yakin. Ayah, Nu pinjam jawapan ayah kepada Nu dulu.

“Eh, kak Aisha, guane tu?” soal pula peserta muslimin. Sudah terduga persoalan itu akan keluar; seperti aku dulu, menyoalkan ayah. Bibir mengukir senyum. 


"Gini, usrah tu wajib kpd orang yg menjadi ahli da’wah; tapi tidak wajib kepada yang bukan ahli da’wah.”

Terpancar riak kurang berpuas hati dikalangan peserta.
Adik muslimin tadi menyoal kaget. 
“Erm.. macam mana tu kak? bukan ke stiap orang yang mengatakan lailaha illa allah tu, dia adalah da'ie”. Dikalangan peserta ada yang mengangguk stuju dengan adik muslimin tadi.

"betul."

"Sebenarnya, kewajiban menyertai usrah ini jatuh kepada ahli da’wah, ya'ni orang yang dah berintima’ dengan jemaah islam secara langsung.
Baik, kakak bagi analogi, setuju tak kalau akak bagitahu adik-adik, hanya orang yang mendaftar di universiti saja yg wajib gi kuliah (lecture), dan orang yang tak daftar masuk universiti tidak wajib ntuk masuk lecture walaupun umur mereka sebaya.”

Mereka tersengih.


Ku jelaskan, pada diriku dan pada peserta juga, dan tangkas juga ku ingatkan buat saudara seperjuanganku, bahawa dengan persetujuan menyertai jemaah islam (berbai'ah) bererti kita telah bersetuju menurut segala perancangan yang disusun oleh jama'ah. Perkara pokok sebuah jama'ah Islam ialah tarbiyyahnya dan usrah adalah tunjang tarbiyyah. Justeru, menyertai usrah adalah wajib kepada ahli jama'ah kerana disitu tempat percambahan fikrah jemaah berlaku.


"Maksudnye, usrah tu tempat menuntut ilmu lah, kan? " Mataku tertacap pada seorang muslimat yang bertanyakan itu.


“Usrah bukan tempat menuntut ilmu!” Beberapa peserta kaget.
“Usrah juga bukanlah tempat untuk berukhuwwah.”
Kedengaran para peserta berbisik sesama sendiri. Ada yang hanya menunggu penuh sabar. 

"Usrah bukan seperti kuliah di bilik kuliah. Usrah adalah tempat untuk kita berbincang, bukan untuk menadah kitab. Usrah bukanlah tempat untuk berukhuwwah, tapi tempat untuk membina ukhuwwah. Outcome dari usrah barulah kita katakan mendapat ilmu dan ukhuwwah. 

Sebagai analogi, di kilang kereta, orang tak naik kereta. Di situ tempat buat kereta. Dari besi yang besar, keras serta tidak berwarna, ia diketuk, dipanaskan , di pandu uji , dibentuk acuan dan kemudian dicat. Besi itu dipasangkan pula dengan stering, tayar , cermin dan pelbagai lagi. Setelah proses ‘tarbiyah’ itu berlaku, barulah sebuah kereta yang canggih dan lawa di pasarkan. Berebut-rebutlah kita memuji kemantapan kereta itu. Itu jika proses pembuatannya teliti, kalau cincai…Ranap lah kereta, mudah remuk. Bersiap sedialah dengan komen dan kutukan pengguna.

Begitulah dengan usrah, segala proses pembentukan itu berlaku dalam usrah. Dari seorang yang tidak dikenali kepada orang yang terkenal. Hasilnya hanya dapat dilihat di luar usrah. Sebab itu dahulu pernah dipopularkan satu istilah, “Usrah yang sebenar bermula dengan tasbih kafarah dan berakhir dengan al fatihah.”


Tidak wajib menyertai usrah kerana dia bukan ahli da’wah. Menurut al Fadhil Ustaz Fathi Yakan, mad’u boleh diklasifikasikan kepada 2 golongan. Golongan istifadiah dan golongan jamhariah. 

 

Golongan istifadiah ialah golongan ekslusif. Mereka sudah ada kesedaran islam. Bahkan mereka sudah mula dan mahu menyebarkan islam. Bagi golongan ini, mereka wajib berusrah kerana mereka merupakan golongan yang sudah berintima dengan jemaah. Mereka inilah yang kita gelarkan sebagai ahli da’wah.

 

Golongan jamhariah ialah golongan orang awam. Mereka baru nak berjinak-jinak dengan Islam. Kalau di UTP dan kebanyakan kampus, mereka ialah adik-adik smart group. Mereka belum lagi menjadi ahli da’wah. Pendekatan kena berbeza dengan orang yang berlatar belakang pendidikan Islam.Tak boleh stereotaip. Kena banyakkan program sampingan seperti ziarah, riadah, makan bersama, rehlah dan apa sahaja yang boleh menarik minat.


Wahai adikku sayang, tiada siapa kata usrah hanya boleh dijalankan di masjid semata, bukan? Ingatlah , usrah bukanlah tempat untuk menuntut ilmu, tapi tempat untuk membina kefahaman. Selamat berusrah, adik-adikku.. Dan selamat membina diri kearah nuqaba' cemerlang, kerana kalian adalah wajah-wajah yang bakal menggilap kembali permata Cordova.

Bicara "Baitul Muslim"


'Baitul Muslim' yang semakin tenat....


Coretan ini hanya ditujukan buat mereka yang mahu memuhasabah diri dan jamaah... Terpulang nak percaya atau tidak...

 

“Apabila sesuatu urusan itu diserahkan bukan kepada ahlinya, maka nantikanlah kehancuran” – Hadith riwayat al-Bukhari

 

Sejak kebelakangan ini, hati ini semakin bergelora ibarat ombak yang bertalu-talu menghempas batu karang di lautan... Isu ini isu lama, bahkan ada yang sudah terbiasa dengan perkara yang suatu masa dulu dianggap maksiat. Saya tidak bertujuan untuk untuk menghentam mana2 pihak, cuma ingin mengajak diri saya serta pembaca blog ini untuk sama2 bermuhasabah...

 

Dengan ikhlas, saya mengakui bahawa sistem bm (di tempat saya bernaung ini) membawa manfaat yang besar dalam usaha memastikan kesinambungan perjuangan ahli dalam meniti fasa pebinaan baitu muslim yakni fasa kedua selepas fardhu muslim. Bagaimanapun, sejak (tahun) kebelakangan ini, saya melihat ada banyak perkara yang tidak jelas, syubhah, mengarut, 'bidah' dan sebagainya. Apatah lagi bilamana perkara itu dilakukan sendiri oleh orang2 yang diberikan amanah untuk menjaga sistem bm itu...

 

Bayangkan, bila mana pemegang amanah itu sendiri dengan tanpa rasa bersalah menghantar mesej "kenapa muka enti nampak lain hari ini?" semasa meeting tanzim diadakan. Dan si muslimat juga menjawab "muka ana nampak lain ke?". Tak rasa bersalah ke antum buat macam ni dalam meeting bm? Bukankah antum sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dan menjaga amanah ini dengan sebaiknya? Menjaga amanah untuk mendidik hati2 yang ingin berjuang agar tidak hanyut dalam lembah zina hati atau istilah mudahnya kemaruk cinta?

 

Bilamana ajk bm 'berfatwa' bahawa pasangan bm boleh menghantar mesej tazkirah kepada pasangan masing2, tidakkah antum terfikir bahawa setiap ahli kita ini bukannya terdir daripada malaikat yang suci dari dosa? Tidakkah terlintas bahawa dengan 'fatwa' itu kalian sedang membuka ruang dan peluang untuk pasangan ini terjebak lebih jauh dalam zina hati? Ana bagi satu contoh mudah:

Muslimin menghantar mesej tazkirah kepada si muslimat tentang solat dhuha.

Lalu si mulimat menjawab "enta sudah dhuha ke?"

Muslimin: Belum, jom kita dhuha sama2...

Muslimat: Ok, jom...

(Lepas solat dhuha, *tak kisahla dhuha tu ikhlas kerana Allah atau semata2 kerana ingin memenuhi hasrat pasangan)

Muslimin: Alhamdulillah dah dhuha... bla... bla...bla....

 

Akhirnya perbualan ini menjadi semakin meleret dan yang tadi kononnya hanya nak bagi mesej tazkirah, akhirnya semakin tak tentu arah.... Ini belum kes kejutkan tahajjud la, sahur la dsb... Silap hari bulan, bawa usrah pun sebab pasangan suruh malah ada yang tak bawa usrah sebab gaduh dengan pasangan... Na'udzubillah...

Banyak juga kes yang berbm sejak tahun pertama, bahkan ada yang berbm sejak sebelum degree sebab dah jadi macam tradisi atau kebiasaan... Macam mana ajk bm nak menggesa agar ahli benar2 serius dlm bm sedangkan mereka sendiri belum dapat menentukan hala tuju bm masing2. Yang paling 'memualkan' bila golongan ini seakan2 hanyut dengan dunia bmnya... Jujurlah, mungkin kalian tidak pernah tahu erti sebuah kemanisan bersusah payah mengusahakan sebuah perkahwinan dalam keadaan serba kekurangan... Justru kalian sering memberikan alasan 'nak kenal hati budi dulu, nak bagi mantap kewangan dulu...' atau macam2 lagi alasan... Padahal mungkin ada yang berbm semata2 nak menghalalkan istilah couple yang kononnya sangat menjengkelkan itu...

 

Ana sedih sangat bila ada ajk yang memberikan hadiah harijadi kepada pasangannya saban tahun kerana ingin mengukuhkan ikatan bm sedangkan tidak pernah memberi apa2 kepada anak usrahnya untuk mengikat ikatan ukhuwah sesama mereka... Kalian lebih rela bersedih kerana pasangan yang demam (mungkin berpura2 demam) berbanding risaukan kesihatan sahabat2 atau anak usrah...

Sahabat, sedarkah kalian bahawa hal bm ini bukan perkara main2? Ini melibatkan masalah hati... Ini melibatkan keberkatan dalam gerak kerja kita... Ini melibatkan soal dakwah...

Jangan bermain dengan api kalau takut terbakar tangan...

Jangan bermain dengan hati kalau takut terbakar iman...

 

Bukan salah untuk berbm, tapi tolonglah jaga elok2... Jangan berangan nak compare bm dengan sunnah Rasulullah... Terlalu jauh berbeza... Malulah dengan 'pecah amanah' yang kalian lakukan... Malulah sekiranya bm yang bagai nak rak ini akhirnya terputus di tengah jalan...

 

Yang paling geram, bila ada muslimin suruh naikkan adik muslimat semata2 nak membolehkan hasrat si muslimin utuk berbm dengan muslimat itu... Macam mana ahli nak thiqah kalau pemegang amanah sendiri hanyut dengan dunia bmnya? Sampai dengan senang2 melafazkan I Love You ... kepada insan yang belum tentu jadi suami... Ini juga berlaku di kalangan pemegang amanah itu sendiri...

Hello.... cegah masalah bm dulu sebelum buat operasi cegah couple ye...

Imam Syafie kata:

Orang jahil buat dosa kerana kejahilan mereka, sedangkan kita buat dosa dlm keadaan kita sedar...

Ini bukan kali pertama ana membicarakan tentang masalah bm. Bahkan sudah berkali2 bahkan pernah membicarakan sendiri dengan mereka yang sepatutnya... Tapi, masih banyak aduan dan semakin banyak kisah2 yang terbongkar di sebaliknya... Fikir-fikirkanlah...

 

http://kembara-ummuthariq.blogspot.com/2009/11/baitul-muslim-yang-semakin-tenat.html

You supposed not to delay

“Sudah-sudahlah Aisha post tentang hati dan jodoh.. Awak ada masalah hati ke ? ”

Aku hanya ketawa kecil. Kenapa apabila sedikit saja kita bercakap berkenaan jodoh, sudah di ‘cop’ masalah hati?

“Entah. Sekarang, saya normal je, Aleeya.  Masih neutral. Belum asid, belum alkalinya.” Jawabku bersahaja.

Aleeya mencebik.

“Oh ye. Awak dah tengok carry mark? Camne? Mesti ok, kan?”

“Alhamdulillah, okey lah juga. Tapi tak sebaik awak..”

Masih ku teringat, empat semester lepas. Keputusan peperiksaanku jauh merudum.

 

Aku  gagal 2 matapelajaran. Perit hati. Pasti ummi marah dan sedih. Tidak mengapa aku di marahi. Tetapi membuatkan ummi marah dan sedih, aku tak sanggup. Ummi, Sha minta maaf,mii..  Esak tangisku menjadi-jadi.

Masihku ingat, kesihatan ummi begitu susut. Batuk ummi menjadi-jadi sejak dua tiga hari ni. Segera aku ambilkan air untuk ibu.
“Air…,mii?”
Ummi tersenyum. Senyuman ummi membuatkan hatiku terkenangkan arwah walid. Walid begitu sayangkan ummi. Kata walid, ummi zaujah yang sangat taat. Senyuman ummi tak pernah lekang dari bibir walau ummi penat. Ummi sakit, tapi masih melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri yang baik kepada walid. Kata walid lagi…. Ah.. terlalu banyak.

“Sha, bagaimana keputusan periksa Sha? Sudah terima keputusan?”

Aku tersentak. Lambaian walid pudar.  

 “Ummi, maafkan Sha.. Sha gagal teruk, ummi..”

Ummi diam. Hanya mata redup ummi memandang mataku yang mula bergenang dengan air.

“Mii, maafkan sha, mii..”

Tumpah. Aku tak dapat kawal air mata.

“Aisha, Sha gagal teruk? Kenapa, Sha?”

“dua matapelajaran Sha gagal,mii..”

Ummi menarik nafas perlahan-lahan. Ummi, maafkan sha, mengecewakan ummi.

“Tapi Aisha dah berusaha, kan? Ummi percaya Sha dah usahakan yang terbaik. Sha, Sha pandang ummi, sayang..”

Tangan ummi mengusap pipiku.

“anak, gagal sekarang bukanlah gagal sebenar.. Gagal di dunia, kita boleh bangun, berusaha lagi sehingga kita berjaya dalam redha-Allah. Tapi sayang..  Gagal sebenar adalah apabila kita tak diredhai Allah dan dicampakkan dalam api neraka. Masa tu, tiada lagi peluang untuk kembali dan perbaiki kesilapan kita. Sha, anak ummi jelas, bukan?” Aku kelu tanpa angguk, tanpa geleng. Sendu sahaja yang menyahut kata-kata ummi.

“Sha, ummi tahu belajar sekarang semakin sukar. Tetapi Sha berusahalah.  Sekarang kita mungkin tak nampak hasilnya.. siapa tahu esok lusa? dan di akhirat kelak? Kita tak mampu ubah apa yang dah terjadi, dan kita pula tak mampu meramal masa depan. Tapi kita punya Allah, untuk kita mohon. Itu bekalan kekuatan yang Allah salurkan.”

 

Dan pujukan ummi ku hadam benar. Biar ku rebah berkali-kali, aku takkan putus asa. Aku tahu, aku orang Islam. Dan orang Islam takkan mudah patah semangat dan putus asa. Bila rebah, bangun semula. Dan genggaman semangat yang Allah kurniakan, aku bangkit, inginku ceritakan pada semua, bahawa Allah sentiasa ada disisi kita. Sekali kita jatuh, sekali kita bersusah, Dia akan back-up kita berkali-kali. Dia akan senangkan kita berkali-kali.  Dia akan kuatkan kita jauh berkali-kali. Pokok pangkalnya, KITA. Sejauh mana kita berusaha. Sejauhmana kita letakkan harapan dan mohon pertolongan dariNya? 

Jangan mudah putus asa. Jangan berhenti sesuku, separuh jalan. Jangan delay masa. Lama manapun anda kecewa, lama manapun anda ingin kumpul kekuatan, tetapi jika selangkah pun anda tidak berganjak, masa yang lama itu makin tersia. Saya ulang, jangan delay masa. Berusahalah, cipta kejayaan yang sebenarnya telah Allah khabarkan kita, Islam akan berjaya. Apakah kita sendiri nak delay dan melambatkan kejayaannya? 


 

kata Umar al-Khothob

"Aku tidak melihat teman yang paling baik selain teman yang menjaga lisannya,

Aku tidak melihat pakaian yang paling indah, selain dari pakaian warak,

Aku tidak melihat harta yang paling banyak, selain mereka yang penuh dengan rasa puas hati (qana'ah), 

Aku tidak melihat kebaikan yang paling baik, selain daripada nasihat,

Aku tidak melihat makanan paling lazat, selain dari kesabaran...."


soal jodoh

Serasa Nu, ini lontaran kekeliruan yang entah berapa kalinya dihadapan ibu.

Meski Nu kerap kali dan tidak pernah lupa berbicara dengan Tuhan, Nu juga tidak bisa menyembunyikan ia dari ibu. Ya, Allah yang pertama, Rasul ke-dua, dan ibu di tempat ke-tiga. Jadi, Nu rasa tiadalah salahnya Nu berkongsi rasa dengan ibu, selagimana Nu tidak melebihkan ibu dari Allah. Nu faham akan perkara itu.

" Nu, dalam perjalanan hidup kita yang meski singkat ini, seringkali kita merasa kecewa. Kecewa benar kita.Hanya kerana  sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya anganan ini lelah, kita hanya penat dalam lemasan andai-andaian yang galak lagi penat. ”

Ibu diam seketika. Bu, Nu percaya, ibu takkan berhenti bicara sebelum Nu fahami dan selami apa yang ibu cuba maksudkan.

”Sungguh,Nu.. semua itu telah menghadirkan suatu perasaan yang begitu menggelora dalam jiwa.”

Ibu sambung kembali bicara..

”Dan sungguh, Nu..menjadi sangat beruntung kita ini andai di saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam qalbu untuk merenungi dan menyingkap kebenaran, mencari hikmah disebalik ujian. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan membawa ketenteraman jiwa..”


Teringat kata-kata ayah,

’Hidup ni ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tak setiap yang kita inginkan, kita akan dapat. Dan tak setiap yang kita mahu akan tercapai. Dan tidak mudah kita sedari, bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Ramai orang tidak sedar, bahawa hidup ini tidaklah berhukumkan bahawa hidup harus berjaya, harus bahagia sepanjang masa atau segala macam harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya, tetapi mereka lupa bahwa keberjayaaannya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terangkum dengan apa yang memang bukan hak kita.’

Mataku bertemu anak mata ibu.

”Nu,pa yang memang ditentukan kepada kita di dunia, samaada ianya rezeki, pangkat atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita miliki. Meski pun ia menghampiri kita, meski selangkah sahaja lagi kita akan mencapainya, meski kita bermati-matian mengusahakannya. Tetapi jika ia bukan ditentukan buat kita, kita takkan memperolehinya.”

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.."
(al-Hadiid: 22-23)

”Nu ingin berbicara tentang jodoh?”

Di angguk tidak, digelengnya tidak. Bicaraku bukan kerana hatiku terpautkan pada seseorang. Tapi aku inginkan penjelasan dari ibu. Kerana terkadang manusia terlalu yakin orang yang mereka cintai itulah jodoh mereka, hinggakan mereka menidakkan hak Allah dalam menentukan jodoh mereka.

”Nu, begitu juga perihalnya jodoh. Kadang kita tak sedar, kita memaksa Allah tentang jodoh kita. Kita bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar memaksa Allah:

Harus dia Ya Allah! Harus dia, kerana aku sangat mencintainya.’

Seolah-olah kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. ”

Aku menelan liur.

”Maksudnya, bu.. boleh  jadi Allah tak mengulurkannya dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah..?”

Ibu mengangguk.

Bu, kenapa kita tidak dapat lari dari memikirkan soal hati?

Bu, kenapa Nu tidak dapat lari dari memikirkan soal hati Nu?

Ibu tersenyum.

Setiap kali aku bertanya ibu, pasti ibu akan tersenyum. Memandang wajah ibu yang sering manis tersenyum membuatkan hatiku lega. Dulu, ibu chengil,garang. bila tersalah bacaan kitabullah, ibu akan menegur dan merotan. Ketegasan ibu pada kaca mataku hanyalah menampakkan kegarangan ibu keterlaluan.
Seringkali aku bertanya, kenapa ibuku tidak seperti ibu kepada rakan-rakanku yang lain. Sering bersiar-siar di taman permainan dan membawa anak-anak membeli-belah barang yang berkenan di mata. Tapi sekarang, baru ku fahami. Ibu, biarpun ibu berbeza pendekatan terhadapku berbanding ibu kepada rakan-rakanku, tapi aku mengerti kini.
Ibulah mutiara umah. Didikan ibu mengajarku erti kehidupan berlandaskan syariat. Rotan ibu dahulu mengingatkan aku bahawa tiada acuan yang lebih hebat daripada acuan Allah. Sibghah Allah.
Nu faham, bu.

Tapi Nu tak faham kenapa hati Nu terlalu kusut.

Mata ibu memandang tepat kearahku. 

Aku menelan liur. Rona merah menghiasi wajahku.

 

[...bersambung....]

Ibu, mana satu pilihan hati?

“bu, mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”
ibu jawab, “dua-dua bukan..”
Nu tercengang..ibu mengukir senyuman.

“Pilihan hati ibu adalah yang sayangkan kita kerana Allah..”

Nu menarik nafas dalam-dalam.


“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa,bu?” Ibu diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.


Rasanya ibu dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. bu, mana mungkin Nu mampu menyorokkan rahsia hati dari ibu sedangkan sekilas pandang pun ibu mampu membacanya.


“Yang paling tahu, hanya Allah..”

ibu merenung dalam-dalam wajah anaknya.

“Kerana hanya Allah mampu membaca hati hamba-Nya, sayang.. ” ibu menyusun ayat-ayatnya.


“Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu..”
"Nu kurang faham.., bu”


Ibu menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..”
Ibu menyambung lagi, “…begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..”


Wajah Nu merona merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Ibu menyambung lagi,  
“Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” ibu berhenti seketika. Nu tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Dan ibu pula buat-buat tidak nampak.


 
“Nu, ibu dulu masa besar ada secret admire, tau.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu ibu dah tahu dan faham, yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu ibu tekad tak mahu layan sebab ibu takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Ibu sedar,Nu,  ibu ni anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Ibu nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu bu.. Akhirnya ibu bagi kata putus, ibu hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami ibu.. Dan dia memang bukan jodoh ibu, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Ibu merenung jauh. Nu merapatkan badan kepada ibu, semakin berminat dengan kisah lama ibu..


"Bu, ibu memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?” Nu menyoal sambil memandang tajam wajah ibu.



Ibu ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, ibu tak pernah bagi peluang pada diri ibu untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Ibu takut pada Allah. Ibu bukan seperti rakan sebaya ibu yang lain.. ibu, seperti Nu,anak ibu...” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala Nu.



“Ibu anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan ibu, imam masjid. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hatiibu tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, ibu pelajar pertama yang bertudung.. ibu membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan ibu sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” ibu melemparkan pandangan ke lantai.

“Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung ibu. Ada getar di hujung suara ibu.

Kisah silam perjuangan ibu di sekolah dahulu sikit-sikit ibu ceritakan pada Nu. Itulah juga salah satu inspirasi kepada Nu untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.



“Mungkin kerana personaliti ibu, ibu menjadi tempat rujukan kawan-kawan.. Jadi, bila ibu nak ambil sesuatu tindakan,ibu kena fikir betul-betul sama ada tindakan ibu tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau ibu membalas cinta si lelaki tadi, bermakna ibu sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. 



Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” ibu menelan air liurnya. Nu diam. Fikiran Nu sedang cuba memahami maksud ibu.





“Nu.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”

Tiba-tiba air mata Nu mengalir. Argh! Ego ku kalah bila mendengar hujah ibu. ibu meneruskan,


“Allah itu Maha Adil, Nu.. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.


Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.


Cuba Nu renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” ibu berhenti seketika..


Tentu kering tekak ibu menerangkan kepada Nu persoalan hati ini. “Nu sayang.. jadi di sini ibu nak Nu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. 


Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”



“Nu.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..


Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”


“Nu.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk Nu, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang Nu sayang, tak jadi hal lah..


Tapi kalau dapat yang Nu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin Nu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin Nu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada Nu.. Alangkah bertuahnya Nu kalau Nu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ”



Sekali lagi berjuraian air mata ku turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.



ibu menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan ibu sangat-sangat kuat. “ibu dah didik anak ibu dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang ibu serahkan anak ibu yang ibu sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” 

ibu mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahuku.

bu, tentu ibu faham gelodak hati Nu, bu. Nu tak bisa membuat keputusan dalam keadaan begini.. Benar, hanya kepada Allah kita kembali...

Ya Allah, 

berilah kami kekuatan untuk mencintaiMu,

mencintai orang yang mencintaiMu,

dan mencintai amalan-amalan yang mendekatkan diri kami kepadaMu…

ameen… ameen..

Nu dan Ibu (2)

Bu, semalam Nu mimpikan ayah. 

Ibu hanya mendiamkan diri. Hanya redup matanya memandang lembut ke wajahku.

'Semalam, bu..
Nu dengari ada sesorang bertanyakan ayah tentang mahar seorang puteri. Ayah beritahu, tetapi Nu kurang jelas. Ayah khabarkan pada Nu, mahar wanita solehah tidak terbayar dengan nilaian mata wang dunia. Kerana nilaian wanita solehah didunia jauh lebih istimewa dari bidadari syurga.

Alangkah bahagianya, ibu.. kiranya Nu dan ibu adalah wanita solehah yang diiktiraf Allah,kan bu?'

Ibu ukir senyuman. Tangan ibu menbelai jari jemariku. 

Nu, anak ibu.. benar, wanita solehah itu lebih utama dari bidadari syurga.. Allah letakkan syarat ringkas buat para wanita memilih untuk memasuki mana-mana dari pintu syurga yang dikehendakinya. Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, jaga kehormatannya, taati suami..

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga
kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya."
(Riwayat Al-Bazzar)

Ringkas je, kan bu.. Simple. Dengarnya, macam mudah. Tapi manusia selalu kalah dengan nafsu sendiri. 

Tapi, bu.. kalau tiada suami, bu? 

Dia mentaati Allah, Rasul dan ibu bapanya. 

Bu, kalau suami baik, suami akan bimbing keluarganya dengan baik,kan bu. 

Ibu mengangguk kepala, semacam memahami isi hati anaknya itu.

Nu dah ada yang berkenan dihati?

Nu bertanyakan ibu saja. Belum benar-benar ke arah itu.

Ibu, walaupun banyak dan mudah wanita mendapat tawaran masuk ke syurga, tapi bukankah ramai wanita memasuki neraka? Ibu, kawan-kawan Nu selalu bercerita tentang Rabiatul Adawiyah. Tentang munajatnya. Tentang takutnya dia beribadat kerana inginkan syurga dan takutkan neraka. Salahkah kita menginginkan ganjaran syurga itu, bu?

Ada 3 keadaan orang-orang yang taat melakukan ibadah kepada Allah;

1- merasakan diri sebagai hamba-Nya

2- rasa bersyukur kepada-Nya

3- inginkan ganjaran dari-Nya

Nu, tidaklah salah kita menginginkan ganjaran tu. bukankah ganjaran syurga itu adalah offer dari Allah? Rabiatul Adawiyah mencapai tahap sufi, naak.. Tapi seeloknya kita berusaha menjadi hamba; yang takut dan harap pada Allah. Tidak mengapa kita adalah mana-mana satu dari antara ketiga itu.. 




Nu dan ibu


Ibu, Nu selalu dikatakan sombong, syaddid. Salahkah Nu mempertahankan prinsip yang Islami, bu?


Nu, anak ibu.. Nu perlu tahu apa itu syaddid. Dan kenapa mereka katakana demikian kepada Nu?


Bukankah syaddid itu keras, ketat, tidak melonggarkan..? salahkah Nu menjaga batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan? Sedangkan Nu berintima’ untuk bergerak kerja Islami, Nu menyerahkan diri untuk menggalas beban risalah… bukan untuk bergurau senda tanpa mengira masa…


Nu.. dalam masyarakat, hatta dalam kelompok kecil sekalipun, meski mempunyai fikrah islam, tetapi kehidupan mereka punyai latar belakang yang berbeza.. Nu tak boleh salahkan mereka semata-mata…


Jadi, Nu salah ya bu?


Tidak, Nu.. mempertahankan prinsip Islami sangat-sangat baik. Tetapi, perlaksanaannya perlu berhikmah. Nu fahami mereka, supaya mereka juga akan fahami prinsip Nu.


Tapi mereka cuba tidak faham, bu.. mereka tak cuba memahami orang-orang sekeliling mereka.


Tidak, sayang.. ibu yakin, mereka juga sedang menyelami untuk memahami. Beri mereka masa, dan jelaskan kepada mereka dengan berhikmah. Nu tahu tak.. 


Ye bu?


Kadang-kadang, pembentukan secara keras, boleh merubah manusia menjadi lebih akur. tetapi bukan semua manusia begitu,
  Nu. Terkadang, satu ayat bicara lembut pun boleh melenturkan hati manusia..


Bu, nasihatlah Nu.. Nu lemah, bu.. Nu tak kuat…


Kekuatan tak datang bergolek, apatah lagi datang secara tiba-tiba di hadapan kita.. Tetapi ia perlu di usahakan. Nu sayang, ujian yang kecil boleh mengubah dan menguatkan manusia, sekiranya dia Berjaya menghadapi. Nu masih ingat arwah abah pernah berpesan?


Mana satu, bu?


Tentang ujian, mehnah,bala’.
 Bahawa setiap manusia itu di uji dengan kadar mampunya ia. Kadar mampu seseorang hamba hanya diketahui oleh Pencipta. Tidak diri kita. Barang siapa yang berjaya menghadapi dan melalui ujian, dia akan makin hampir dengan Allah. Itu lah ujian yang menjadi kafarah buat diri kita. Beruntung mereka yang bersyukur dan sabar dalam menghadapi ujian. Tapi sayang, berlainan dengan orang-orang kalah, gagal dalam ujian. Dia akan menyalahi takdir dan ujian itulah menjadi  bala’ buat dirinya.


Untung kita, kan ibu.. kita bertuhankan Allah yang setia disisi kita. Kita menangis dan teresak, Allah lihat. Kita merintih merayu, Allah mendengar. Kita berduka sedih, Allah beri penawar.. Dia tak pernah khianati kita,kan bu..
 Masha’Allah, bu.. Ibu, tiada apa yang Nu rasakan lebih bahagia  bila Nu berdiri untuk solat, bila Nu rukuk dan sujud. Rasa aman sekali. Rasa terlalu damai, bu..


Alhamdulillah, Nu. Ajarkan dan bimbinglah diri dan kawan-kawan menjadi yang terbaik
 disisi Allah.

istikharah

Saya tidak pasti apakah gelombang sebenar yang berlaku rata-rata di kampus. Gelombang BM. Saya tidak mengatakan ianya salah, malahan ia lebih baik kerana adanya sistem pengurusan Baitul Muslim. Walau bagaimanapun, secomel-comel sistem yang dirangka, jika tidak menuruti disiplin dan garis panduannya, maka ianya tiada beza seperti yang lain-lain. 

Sekali lagi, walau bagaimanapun, bagi sesiapa yang terarah kepada pemilihan calon-calon suami/isteri, anda dinasihatkan melakukan solat sunat istikharah terlebih dahulu dan laksanakan ia secara berterusan, mudah-mudahan Allah membantu dalam membuat keputusan.  

Namun, solat sunat ini bukan hanya sekadar untuk pemilihan jodoh, tetapi amalkanlah selalu, kerana sebermula kita mencelikkan mata bangun dari tidur, kita juga perlu membuat keputusan yang terbaik!

Berikut antara doa sesudah melaksanakan solat sunat istikharah;


Wahai Tuhanku, 
bahawasanya aku memohon petunjuk kepada-Mu mana yang baik menurut ilmu-Mu.
Dan aku memohon kesanggupan kepada-Mu dengan takdir-Mu
Dan aku memohon kepada-Mu dari keutamaan yang besar.
Kerana Engkau yang menyanggupi, aku tidak menyanggupi.
Dan Engkau mengetahui, aku tidak mengetahui.
Dan Engkaulah Tuhan yang mengetahui segala ghaib.

Wahai Tuhanku,
Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebut apa yang dikehendaki)  
Adalah terbaik untukku mengenai agamaku, penghidupanku, dan akibat pekerjaanku..
Dalam masa yang dekat dan masa yang lambat
Maka takdirkanlah dia untukku dan mudahkan, kemudian berikan berkatnya.
Dan sekiranya Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini
Adalah buruk untukku terhadap agamaku, penghidupan dan akibat pekerjaanku
Dalam masa yang dekat dan dalam masa yang jauh (lambat)
Maka palingkan dia daripada aku dan palingkanlah akan daku daripadanya
Dan takdirkanlah kebajikan untukku di mana sahaja, kemudian berikan hatiku meredhainya…

Catatan 1 Syawal

Tuhan, sujudku tak mampu membawaku ke syurga-Mu..
Melainkan rahmat dan belas-Mu jua mengizinkan aku melangkah ke syurga-Mu.


Ya Tuhan, aku kerugian. Saat ini aku benar-benar merasai berada dalam kerugian. Ramadhan telah berlalu. Sungguh aku sebak dan sayu hatiku. Kerana peluang tidak ku gunakan semaksimum mungkin. Pada pandangan kasarku, aku berjaya mendisiplinkan diriku agar tidak ponteng solat subuh berjamaah, bertadabbur pada setiap hari serta meningkatkan kesabaranku. Itu tekadku tatkala 1 Ramadhan menampakkan diri. Tetapi kata-kata Saidina ‘Ali kwjh sentiasa berlegar-legar dibenakku.. ‘Jangan mengira banyaknya ibadah yang kamu lakukan, tetapi perbanyakkan mengira berapa amalan yang diterima Allah.’Tuhanku, apakah ibadahku diterima Engkau? Terimalah amalanku..
Sedih, sedih kerana sepanjang Ramadhan, aku hanya sempat sekali sahaja menunaikan solat sunat tasbih. Sedangkan sepatutnya aku melakukan ia lebih dari itu. Tuhan, bukan sekadar itu, marahku benar-benar cepat naik suhunya. Seorang yang beriman, dia berlemah lembut dengan mukmin, dan berkeras dengan kuffar. Diamku adakala kerana aku benar-benar marah. Tetapi aku masih mencari, tahapan manakah sepatutnya, hingga aku benar-benar tidak tergolong dalam golongan melampaui batas? Kerana aku tahu Engkau tidak suka kepada mereka yang melampaui batas.

Aku kesali. Dan begitulah manusia, yang tidak pernah sesal dan kesal. Tidak pernah belajar dari kesilapan. Sepertimana dalam Al-Qur’an menceritakan, bahawa manusia yang ingkar akan dicampakkan ke neraka. Kemudian mereka sedar dan meminta untuk dikembalikan ke dunia untuk beramal soleh. Tetapi Allah kata, kalau diberi masa 100 tahun sekalipun, manusia akan mengulangi kesalahan yang sama di atas dunia. Ingkarnya manusia. Bebalnya ciptaan yang bergelar manusia. Ada akal, tetapi tidak mahu berfikir. Ada telinga tapi tidak mahu mendengar. Adamata tetapi tidak mahu melihat.


Ya Allah, izinkan aku bertemu dengan Ramadhan akan datang. Benar, aku sesal dengan kealpaanku. Aku sedih. Tetapi tuhan telah memujuk hati-hati hamba-Nya yang beriman dengan menganugerahkan hari kemenangan, hari raya ‘aidil fitri.
Semoga kita kembali kepada fitrah asal kita diciptakan.
1- mengabdikan diri kepada Allah
2- menjadi khalifah di muka bumi 


Salam 'Eidul Fitri.


Mohon maaf.


aisha_musliha

 

First August with Mr.Isa

Suasana gamat. Rupa-rupanya di Sogo ada segerombolan umat. Ramai. Anak kecil, tidaklah ramai. Tetapi anak muda begitu ramai. Pakcik-pakcik makcik-makcik juga ramai. Tetapi jumlah anak muda masih dirasakan lebih ramai. 

Orang ramai berbondong-bondong menuju ke kumpulan ramai. Aku memerhati sahaja. Tiba-tiba anak-anak muda remaja retua berlari lintang pukang. Rupa-rupanya Si Topi pakai Merah dari FBI-raya sudah datang. Air-air dari bahan kimia mula disiramkan sepertimana pokok-pokok bunga disirami. Tetapi pokok bunga nampaknya lebih mulia dari manusia yang inginkan keamanan. Pokok bunga disirami air paip, dan ia begitu menghargai siraman tersebut. Namun jauh dari tumbuhan yang mendapatkan pemakanan, manusia-manusia yang menuntut keamanan ini disirami air asid yang menggatalkan dan memedihkan. Lihat, mereka ini dihina sebegitu rupa. Ke-FBI-an begitu menyerlah.

Yang perempuan lebih tepat lagi golongan muslimat lari bertempiaran. Begitu juga lelaki. Lari memasuki bangunan. Ada yang terjatuh, ada yang terlanggar baju dan barangan jualan. Hinggakan si penjual memarahi mereka yang memasuki kedai itu untuk mencari perlindungan dari keganasan pihak yang dikatakan memelihara keamanan serta mereka jualah barua-barua pemerintah yang khianat.

Sememangnya hak si penjual untuk memarahi apabila barangan jualannya telah berselerak bertaburan. Maaf kak ye. Kami bukan membuat onar. Tetapi si kepala merah memulakan, dan kami ingin mencari perlindungan sementara. Desis ku di dalam hati.

Aku melihat lagi seorang pemudi mengangkat semula pakaian-pakaian yang berselerakan dan memohon maaf kepada kakak tersebut. Aku memuji dalam diam. Ketika orang lain sibuk bergerak dia masih bertemu penjual dan memohon maaf. Terima kasih gadis berpurdah yang menyejukkan hati saya dan peniaga tersebut dan siap saja yang memerhatikan babak sebentar tadi.

saya meneruskan langkah bersama pejuang keamanan lain.
Di sana saya melihat asap-asap pemedih mata mula menampar pipi dan menyerang mata sang pejuang. Saya juga merasakannya. Saya masih muda. Tidak mengapa. Tetapi pakcik makcik kanak-kanak awam lain, saya begitu kasihankan mereka. 

'nak garam?'
'nak air?'

garam dan air dihulurkan. saya tidak kenal siapa yang menghulurkan. 

'ambillah.' dia tersenyum.

sebak ku dek indahnya persaudaraan bteraskan akidah ini. bahagia ku meski ditengah lautan kekalutn. tidak kenal siapa, tetapi menolong siapa saja dalam kesusahan. kerana persaudaran islamiah ini juga saya menyertai rakan perjuangan lain menyatakan bantahan terhadap ISA dan menyokong pemansuhan akta tanpa peri manusia. saya tak perlu menantikan adik beradik apatah lagi suami dan ibu bapa saya di ISA kan. tetapi saya xrela lagi xreda dgn kekejaman dan kezaliman kpd saudara saya, kpd msykt. Jika tiada perasaan empati dalam diri kamu, maka kamu juga seperti mereka yang menyokong dan melaksanakan akta kutuk itu. pendek kata, Pengkhianat!

Banyak yang ingin saya kongsikan. Beberapa peristiwa yang membuatkan tegak bulu roma, menginsafkan, menaikkan semangat juang. mungkin lain kali. saya punya sedikit komitmen yang memerlukan tindakan segera.

bagi adik2 yang baru menyertai himpunan aman sebegini, mungkin adik-adik nampak ianya tidak aman. tetapi ingtlh, kita dipihak yg benar dan sedang mlwn kbatilan.

jangan gusar, ini pemula untuk adik2 lbh matang dan lantang bersuara dan bergerak. jika tiada pemula, masakan wujud ceritanya apatahlagi bagaimana mungkin ada akhirnya? 

Salam Perjuangan.

Cinta Jemaah Yang Kecundang



1. hai boleh sayer kenal sayer tertarik dengan perwatakan sopan awk, da lamer sayer perhati awk,awk budak baik n tertarik ngan tudung labuh awk..sayer harap kiter boleh berkenalan..ukhwah fillah eh orang kater..sayer x pandai sangat arab... 

2.terima kasih menerima sayer, sayer akan try sedaya mungkin menjaga awak dan mengikut syariat,sayer tau sayer bukan baik, tp sayer sentiasa cuber terbaik untuk awak...

3.ingat tau,keluar jaga aurat, jangan bagi orang nampak... kuar ngan kekawan tau, balik kntek,,, sayer doakan awk.

4.wak, nape x kntek sayer, sayer risau awak kuar lelamer..ye,,,sayer x der hak, sayer tau sayer percaye awk, tp sayer x tau nak kater mcm maner,kiter x bertemu selalu, just nampak dari jauh jerkan..., tp sayer rase awk mcm berada depn sayer...mungkin nie 
yang orang kater cinta kot, wak, wak cinta sayer? x nak bagitau,,, tp sayer tau awak cinta sayer... awk da malu nak jalan tempat sayer lepak sebab malukan... hehehr...tq. ..sayer cinta awk...

5. wak, selain family, wak sayang siaper? saper sayer dalam hati awk? 

6.wak, dari kawn kiter just panggil sayer awk jer, mcm sayer x istimewa untuk awk jer;) sayer teringin gak nak jadi mcm kawn sebilik sayer nie, panggil sayang... bolelah, bukan salah pun, just panggilan jer...tq sayang... 

7.yang, kekadang sayer tengok ayg nie mcm x percayer sayer je,,, yela, sayer just tanyer awk pakai ape jerkan ;( hehehe... yer tq bgtau, makin sayang sayer kat awk...

8,yang, sayer nak ayang tau, ayang lah segalanyer untuk sayer, sayang la pemberi semangat untuk sayer... yang, sayer harap ayang n sayer x der rahsia lg...jgn risau, ini kan membuktikan sayer take care ayang kan... so, jangan risau k, yer... sayer akan jaga ahsia 
kiter... just msg je kan...

9.ayang dah lamer kiter msg, boleh x kitr jumper? yer... ayang bawa lah kekawan k,,, tq yang...

10.tq panggil sayer ngan panggilan abg,,, abg tunggu da lamer da,,, abg tau, kiter x leh pakser dalam perhubungan. ..

11.ayang, wat pe 2, nak cakap cikit, naper ayang bawa satu batalion nak jumper abg?? ayang x percayer abg eh.... 

12.ayang kiter jumper k,,, abg suka ayang pakai tudung yang abg beli 2, yang mcm wardina 2, bukan ayag x cantik, judi makin cantik,,,,nipis sikit jer..kiter jumper nanti ayang bawa la sorang jer k...

13.ayg,abg nak mintak maaf dengan aper yang jadi... abg td tersentuh jari ayg, 
tq yang, tol ckp ayang, tersentuh x per...makin la tebal cinta abg kat ayang..ayang suker jumper abg?tq yang, td cian tengok kawn ayang duk je diam,...yer. .. nanti abg bawa 
kawn abg, leh dier borak kan...yang, abg suker tngk mater ayang,malu malu lak dier,,,ayang td cantik... 

14.tq jumper td,ayang cantik... abg romantik pun salah ker? suker abg romantik eh, td jumper da berani tenung abg.... tq.... tengk kwn ayang n kawan abgmcm melekat jer... senang la kiter jumper... tengk, ALLAH membrkati kiter...ayang da solat? doakan abg sekali k... 

15.yang,just nak tanyer... ayang cintakan abg berape peratus?aper tandanyer?
50% je...yang, nak tanyer, rambut ayang pnjng x, just terpikir,,,, 

16.td terbeli tudung pendek, ,,, yang bg kat ayang tu...yang, bg lah gmbr ayng special untuk abg pakai tudung 2...cantiknyer ayng...gmbr nie abg wat wallpaper hp...

17.yang, cintakan abg berape peratus?sepenuh hati? tq!!!!!!! ilove u sayang....

18.yang, da lamer kiter couple, x kan abg pegang tangan nak mara, ayang kan milik abg...tq paham abg...

19.kater ayang cintakan abg sepenuh hati... kalu ayng cintakan abg aper buktinyer yang,,,,

------------ --------- --------- --------- --------- --------- -

"Adakah anda salah seorang yang tersenyum apabila membaca perenggan-perenggan di atas? Saya adalah salah seorang yang tersenyum. Senyum kerana terkena pada diri sendiri atas sikap yang lalu. Senyum tersebut yang pada mulanya rasa suka bertukar menjadi benci. Senyum bertukar pada pemikiran. Berfikir akan sebuah lagi sifat-sifat najis yang berada di dalam diri kita semua. 

Percaya ataupun tidak, ayat-ayat najis di atas turut digunakan oleh individu yang mengaku memperjuangkan Islam dan mengaku berdakwah. Seperti saya contohnya, dengan lantang saya menulis, bercakap di majlis-majlis keramaian dan usrah tentang dakwah, marhalah, takwin, tanzim dan sebagainya namun apabila berada di belakang ahli jemaah lain, menjadi taik, menjadi najis kepada perjuangan Islam. Atas kesedaran betapa kotornya najis ini, maka ia perlu di istinjak! Perlu di buang! Walau di depan orang atau di belakang orang, saya mesti menjadi 'orang yang sama'. Tidak hipokrit! Tidak berpura-pura!

Jika di lihat rentetan perenggan di atas, ia adalah satu proses merosakkan masa depan seorang ahli jemaah. Ramai ahli jemaah yang keluar dari jemaah berpunca seperti kes di atas. Mereka keluar jemaah kerana berasa seronok dengan buaian nafsu dan sedar pada masa yang sama, jemaah melarang perbuatan itu. Setelah barangkali melakukan istikharah (istikharah taik kucing), maka dia membuat keputusan melepaskan jemaah bagi meneruskan agenda hidupnya yang dirasakan amat seronok dan amat termotivasi iaitu cinta! 

Seronoknya bercinta. Semua orang tahu. Ramai yang telah dan sedang mengalaminya. Bercinta sesama ahli jemaah terasa bagaikan sebuah perjuangan Islam yang indah. Setiap hari, bahkan mungkin setiap setengah jam, ada saja sms -sms peransang berjuang, sms tazkeerah, sms khaifahaluk, sms apa sahaja tentang Islam! INDAH! Sangat Indah! Siapa yang tidak suka akan sebuah keindahan? Semua orang suka. Semangat berjuang membuak-buak. Keinginan berjuang mendesak-desak. Masakan tidak, cinta dan berjuang adalah nikmat yang sangat istimewa. Bila keduanya bercantum, maka nikmat itu menjadi kuasa dua. Tentulah seseorang yang bercinta dalam jemaah itu menjadi hebat, mantap dan sebagainya. 

Namun, ramai yang terlupa, nikmat berjuang bukanlah dibuktikan melalui rasa seronok, rasa riang, rasa gembira, rasa suka. Nikmat Cinta memang dibuktikan dengan perkara tersebut, tetapi berlainan pula dengan nikmat berjuang. Nikmat berjuang yang sebenar adalah ketika mana seorang pejuang itu diuji oleh Allah dengan sesuatu ujian. Berjuang dirasakan amat indah apabila ditentang, di halang dengan pelbagai rintangan. Itulah nikmat berjuang! Sama sekali bukan hanya sms-sms 'selamat berjuang' daripada seorang kekasih. Bukan sms peneman dikala hadir ke program jemaah. Bukan sms peringatan ketika dalam perjalanan ke program jemaah. Bukan bukan dan bukan! Itu bukan berjuang. Itu bercinta. Jemaah hanya spare part ketika itu.

Lantaran itu, seseorang ahli jemaah yang bercinta dan dalam masa yang sama dia juga berada dalam saf perjuangan hendaklah memastikan bahawa, cinta pada kekasih itu hanya sekadar sementara dan jangan dijadikan sebagai satu aset tetap dalam perjuangan. Jika tidak, akan berlaku kekeliruan antara duanya yang mana, jika berlaku konflik pada percintaan, maka ia akan mempengaruhi potensi dan komitmen sang pejuang tadi. 

Jika terlalu street mengatakan, AHLI JEMAH JANGAN BERCINTA!, pun saya rasa tidak boleh. Ini bukan dunia zaman dahulu yang mana pergaulan masih terbatas. Anak dara duduk di rumah dan pulang sebelum senja. Anak dara dilarang keluar malam. Perkahwinan pula diaturkan oleh ibu bapa. Sekarang tiada lagi situasi itu. Keadaan sekarang sudak tidak terkawal. Ibu bapa hanya tawakkal dan menyerahkan pada takdir tentang masa depan anak mereka. Jika dahulu, kehebatan anak-anak mudanya kerana ia terkawal. Ibu bapa umpama raja yang dihormati anak-anak. Suruh ke masjid, ke masjid lah. Suruh berkebun, berkebun lah.. Suruh kahwin, kahwinlah... .

Namun, jika ingin bercinta wahai sahabatku sekalian.... berhati-hatilah. Bercinta bermakna sedang menghadapi risiko. Risiko yang terlalu banyak. Antaranya mungkin, putus cinta, putus jemaah, dan macam-macam lagi. Saya ada satu kes perihal dua orang ahli jemaah yang memegang jawatan tertinggi dalam tanzim jemaah. Keduanya bercinta atau istilah lain bercouple. Mereka sudah hampir bertunang. Sememangnya mereka saling cinta mencintai antara satu sama lain. Ditakdirkan, ibu kepada muslimat ini menolak cinta mereka kerana berlainan negeri. Ibu muslimat ini mahu menantunya satu negeri dengannya. Puas muslimat ini memujuk ibunya agar menerima muslimin tadi, namun sia-sia sahaja. Akhirnya, muslimat ini akur akan permintaan ibunya. Dengan berat hati, diberitakan jua kepada 'calon'nya si muslimin ini tadi. Apa responnya? TIDAK!! Tak 
BOLEH! Itulah respon seorang ahli jemaah muslimin yang pernah (atau sedang) memegang jawatan tinggi dalam tanzim. namun, keputusan muslimat ini muktamad. Kehendak ibu mesti diutamakan. Muslimin ini bingung. Terkejut. Terkesima. Satu perkara yang tidak pernah terduga di dalam akal fikirannya. bayangkan, sudah merancang untuk bertunang, tetapi ia BERUBAH sekelip mata. Cuba anda kelip mata anda sekarang. Buka. Ya, sepantas itulah ia berubah!

Apa yang terjadi selepas itu? Muslimin ini kehilangan arah. Dikacaunya 'bekas calon' nya itu setiap masa. Call, sms, call di tengah malam, mengganggu di perjalanan nak ke kuliah, tarik tudung, memegang tangan secara kasar dan pernah menunggu di pintu masuk kolej. Pernah cuba untuk berbuat 'perkara terkutuk' di dalam lif apabila muslimin ini sentiasa mengekori muslimat tadi. Muslimat ini menjadi takut. Fobia. Trauma. Mengapa ini terjadi? Bukankah dia pimpinan? Mengapa tidak bersedia sebarang risiko di alam percintaan? Kini muslimin itu menjadi najis dalam perjuangannya di kampus itu. 
Amanah pada jawatan tetap dilaksana malah menjadi pengerusi pada program-program penting jemaah seperti tamrin dan rehlah. Tetapi, aktiviti sampingannya ialah seperti seorang gila yang menagih kasih seorang wanita. Kasihan! 

Banyak lagi kes-kes yang saya simpan dalam diari dan hard disk saya. Ini salah satu daripada beratus kes malah mungkin beribu. Sebenarnya, banyak najis-najis yang mendiami rumah jemaah sekarang. Lantaran itu, jika kita lihat, kekuatan jemaah Islam semakin kendur dan lemah. Suara yang dibuat-buat lantang atau sengaja menjerit-jerit ketika demontrasi lansung tidak menakutkan dan mengetarkan lawan malah hanya ditertawakan. Najis najis ini pandai menutup aibnya sendiri. najis ini pandai mengawal 'bau busuk' nya agar tidak dapat dihidu oleh orang lain khususnya yang berada sejemaah 
dengannya. 

Bagaimana mengatasi? Entah! Saya sendiri bingung memikirkannya. Hakikatnya, Dunia Cinta yang melalaikan perlu ditinggalkan! Itu step pertama! Sanggup? Jika step pertama pun sudak tidak sanggup, bagaimana hendak pergi ke step kedua...."




Apabila matlamat kita adalah Allah

Menitis air mata gembira dan bahagia.

Manakan tidaknya, kegoncangan yang melanda menyebabkan masing-masing menunding jari pada yang lain. Salah yang kecil diperbesarkan. Jika dahulu, kesalahan kecil dimaafkan. Tetapi apabila terdapat kegoncangan, maka ramailah pula yang saling menyalahkan. Oh, yang belum jelas tentang khabaran juga turut mengambil bahagian.

Semalam, detik bersejarah ummat yang cintakan keamanan dan cintakan kesatuan, apatah lagi begitu cintakan Islam. 28 Jamadil Akhir 1430H bersamaan 22 Jun 2009. Ungkapan pertama sementelah khabaran kejernihan diterima tidak lain tidak bukan, tahmid dan takbir memuji dan membesarkan Allah diiringi air mata gembira. 

Begitulah kita. Apabila matlamat itu adalah Allah, galasan perjuangan kita adalah aqidah Islamiyah, menebarkan dakwah di bumi Allah, maka ketidak selarian pendapat akan diselesaikan dengan berbincang dan kembali kepada Allah. Sesungguhnya Allah jua sebaik-baik tempat kamu kembali.

Tahniah kepada para pimpinan yang kami wala' dan thiqah.

Kami membahu bersama pimpinan mendokong risalah amanah Allah.

Teruskan menerajui harakah Islamiyah ini dengan saff yang padu.

Bersama mengembalikan ke'izzahan Islam, teguh dalam satu kesatuan

Takbir!

ALLAHUAKBAR!

Akhifillah

Malam telah larut terbentang. Sunyi. Dan aku masih berfikir tentang dirimu, akhi. Jangan salah sangka ataupun menaruh prasangka. Semua semata-mata hanya untuk muhasabah terutama bagi diriku, makhluk yang Rasulullah SAW sinyalirkan sebagai pembawa fitnah terbesar.
Suratmu sudah kubaca dan disimpan. Surat yang membuatku gementar.Tentunya kau sudah tahu apa yang membuatku nyaris tidak boleh tidur kebelakangan ini.


“Ukhti, saya sering memperhatikan anti. Kalau sekiranya tidak dianggap lancang, saya berniat berta’aruf dengan anti.”

Jujur kukatakan bahawa itu bukan perkataan pertama yang dilontarkan ikhwan kepadaku. Kau orang yang kesekian. Tetap saja yang ‘kesekian’ itu yang membuatku diamuk perasaan tidak menentu.

Astaghfirullahaladziim..
Bukan, bukan perasaan melambung kerana merasakan diriku begitu mendapat perhatian. Tetapi kerana sikapmu itu mencampak ke arah jurang kepedihan dan kehinaan. ‘Afwan kalau yang terfikir pertama kali di benak bukannya sikap memeriksa, tapi malah sebuah tuduhan: ke mana ghaddhul bashar-mu?


Akhifillah,
Alhamdulillah Allah mengurniakan zahir yang jaamilah. Dulu, di masa jahiliyah, kurniaan itu sentiasa membawa fitnah. Setelah hijrah, kufikir semua hal itu tidak akan berulang lagi. Dugaanku ternyata salah. Mengapa fitnah ini jesteru menimpa orang-orang yang kuhormati sebagai pengembang risalah da’wah? Siapakah yang salah di antara kita?



“Adakah saya kurang menjaga hijab, ukhti?” tanyaku kepada Aida, teman sebilikku yang sedang mengamati diriku.
Lama. Kemudian, dia menggeleng.
“Atau baju saya? Sikap saya?”
“Tidak, tidak,” sergahnya menenangkanku yang mulai berurai air mata.
“Memang ada perubahan sikap di kampus ini. ”
“Termasuk diri saya?”
“Jangan menyalahkan diri sendiri meskipun itu bagus, sentiasa merasa kurang iman. Tapi tidak dalam hal ini. Saya cukup lama mengenali anti dan di antara kita telah terjalin komitmen untuk saling memberi tausiyah jika ada yang lemah iman atau salah. Ingat?”
Aku mengangguk. Aida menghela nafas panjang.
“Saya rasa ikhwan itu perlu diberi tausiyah. Hal ini bukan perkara baru kan ? Maksud saya dalam mengecam akhwat di kampus.” 

Sepi mengembang di antara kami. Sibuk dengan fikiran masing-masing… .
“Apa yang diungkapkan dalam surat itu?”
“Dia ingin berta’aruf. Katanya dia sering melihat saya memakai jilbab putih. Anti tahu bila dia
bertekad untuk menulis surat ini? Ketika saya sedang menjemur pakaian di depan rumah! Masha'Allah…. dia melihat sedetail itu.”
“Ya.. di samping itu tempoh masa anti keluar juga tinggi.”
“Ukhti…,” sanggahku, “Anti percaya kan kalau saya keluar rumah pastinya untuk tujuan syar’ie?”
“InsyaAllah saya percaya. Tapi bagi anggapan orang luar, itu masalah yang lain.”

Aku hanya mampu terdiam. Masalah ini sentiasa hadir tanpa ada suatu penyelesaian.
Jauh dalam hati selalu tercetus keinginan, keinginan yang hadir semenjak aku hijrah bahawa
jika suatu saat ada orang yang memintaku untuk mendampingi hidupnya, maka hal itu hanya dia lakukan untuk mencari keredhaan Rabb-nya dan deen-ku sebagai tolok ukur, bukan wajahku. Kini aku mulai risau mungkinkah harapanku akan tercapai?


Akhifillah,
Maaf kalau saya menimbulkan fitnah dalam hidupmu. Namun semua bukan keinginanku untuk beroleh wajah seperti ini.
Seharusnya di antara kita ada tabir yang akan membersihkan hati dari penyakitnya.
Telah kucuba dengan segenap kemampuan untuk menghindarkan mata dari bahaya maksiat.
Alhamdulillah hingga kini belum belum hadir putera impian yang hadir hanya dalam angan-angan.
Semua kuserahkan kepada Allah Ta’ala semata.
Akhi,
Tentunya antum pernah mendengar hadis yang tersohor ini.
'Bahawa wanita dinikahi kerana empat perkara:kecantikannya, hartanya, keturunannya,atau diennya.
Maka pilihlah yang terakhir kerana ia akan membawa lelaki kepada kebahagiaan yang hakiki.'
Kalaulah ada yang mendapat keempat- empatnya, ibarat ia mendapat syurga dunia.
Sekarang, apakah yang antum inginkan? Wanita solehah pembawa kedamaian atau yang cantik tapi membawa kesialan?
Maaf kalau di sini saya terpaksa berburuk sangka bahawa antum menilai saya cuma setakat fizikal belaka.
Bila masanya antum tahu bahawa dien saya memenuhi kriteria yang bagus? Apakah dengan melihat frekuensi kesibukan saya?
Tempoh di luar rumah yang tinggi?
Tidak. Antum tidak akan pernah tahu bila masanya saya berbuat ikhlas lillahi ta’ala dan bila masanya saya berbuat kerana riya’.
Atau adakah antum ingin mendapatkan isteri wanita cantik yang memiliki segudang prestasi tetapi akhlak dan adabnya masih menjadi persoalan?
Saya yakin sekiranya antum diberikan pertanyaan demikian, nescaya tekad antum akan berubah.
Akhifillah,
Tanyakan pada setiap akhawat kalau antum mampu. 
Yang tercantik sekalipun,
mahukah dia diperisterikan seseorang kerana dzahirnya belaka? 
Jawapannya, insha'Allah tidak.
Tahukah antum bahawa kecantikan zahir itu adalah mutlak pemberian Allah; 
Insha'Allah, antum tahu.
Ia satu anugerah yang mutlak yang tidak boleh ditawar-tawar jika diberikan kepada seseorang atau dihindarkan dari seseorang.
Jadi, manusia tidak mendapatkannya melalui pengorbanan. 
Lain halnya dengan kecantikan bathiniyyah.
Ia melewati proses yang panjang.
Berliku. Melalui pengorbanan dan segala macam pengalaman pahit. Ia adalah intisari dari manisnya kata, sikap,
tindak tanduk dan perbuatan.
Apabila seorang lelaki menikah wanita kerana kecantikan batinnya,
maka ia telah amat sangat menghargai perjuangan seorang manusia dalam mencapai kemuliaan jati dirinya. 
Fahamkah akhi?
Akhifillah,
Anggota ini hanya pinjaman yang terpulang pada-Nya bila-bila masa mengambilnya.
Tapi ruh, kecantikannya menjadi milik kita yang abadi. Kerananya, manusia diperintahkan untuk merawat ruhiyahnya
bukan hanya jasmaninya yang boleh usang dan koyak sampai waktunya.
Akhifillah,
Kalau antum ingin mencari akhawat yang cantik, 
antum juga seharusnya menilai pihak yang lain.
Mungkin antum tidak memerhatikannya dengan teliti. 
(Alhamdulillah, tercapai maksudnya untuk keluar
rumah tanpa menimbulkan perhatian orang).
Pakaiannya sederhana, ia hanya memiliki beberapa helai. Dalam waktu seminggu antum akan menjumpainya dalam jubah-jubah yang tidak banyak koleksinya.
Tempoh masanya untuk keluar rumah tidak lama. Dia lebih suka memasak dan mengurus rumah demi membantu kepentingan
saudari-saudarinya yang sibuk da’wah di luar. Dia nyaris tidak mempunyai keistimewaan apa-apa kecuali kalau antum sudah melihat solatnya.
Ia begitu khusyu’. Malam-malamnya dihiasi tahajjud dengan uraian air mata. Dibaca Qur’an dengan terisak. Ia begitu tawadhu’ dan zuhud.
Ah, saya iri akan kedekatan dirinya dengan Allah. Benar, dia mengenal Rabbnya lebih dari saya. Dalam ketenangannya,
ia tampak begitu cantik di mata saya. Beruntung ikhwan yang kelak
memperisterikannya… (saya tidak perlu menyebut namanya.)



Malam semakin beranjak. Kantuk yang menghantar ke alam tidur tidak menyerang saat surat panjang ini belum selesai. Tapi, sudah menjadi kebiasaanku tidak boleh tidur tenang bila saudaraku tercinta tidak hadir menemani. Aku tergugat apabila merasakan bantal dan guling di samping kanan telah kehilangan pemilik. Rasa penat yang belum terneutral menyebabkan tubuhku terhempas di sofa.
Aida sedang diam dalam kekhusyu’kan. Wajahnya begitu syahdu, tertutup oleh deraian air mata.
Entah apa yang terlintas dalam qalbunya. Sudah pasti ia merasakan aku tidak hairan saat menyaksikannya. Tegak dalam rakaatnya atau lama dalam sujudnya.
“Ukhti, tidak solat malam? “ tanyanya lembut seusai melirik mata.
“Ya, sekejap,” kupandang wajahnya.
Dia menatap jauh keluar jendela ruang tamu yang dibiarkan terbuka. 
“Dzikrul maut lagi?”
“Husnudzan anti terlalu tinggi.”

Aku tersenyum. Sikap tawadhu’mu, Aida, menyebabkan bertambah rasa rendah diriku.
Angin malam berhembus dingin. Aku belum mahu beranjak dari tempat duduk. Aida pun nampaknya tidak meneruskan solat.
Ia kelihatan seperti termenung menekuri kegelapan malam yang kelam.
“Saya malu kepada Allah,” ujarnya lirih.
“Saya malu meminta sesuatu yang sebenarnya tidak patut tapi rasanya keinginan itu begitu mendesak dada. Siapa lagi tempat kita meminta kalau bukan diri-Nya?”
“Apa keinginan anti, Aida?” Aida menghela nafas panjang.
“Saya membaca buku Syeikh Abdullah Azzam pagi tadi,” lanjutnya seolah tidak menghiraukan.
“Entahlah, tapi setiap kali membaca hasil karyanya, selalu hadir simpati tersendiri.
Hal yang sama saya rasakan tiap kali mendengar nama Hasan al-Banna, Sayyid Quthb atau mujahid lain saat nama mereka disebut. Ah, wanita macam mana yang dipilihkan Allah untuk mereka? Tiap kali nama Imaad Aql disebut, saya bertanya dalam hati: Wanita macam mana yang telah Allah pilih untuk melahirkannya?”
Aku tertunduk dalam-dalam.

“Anti tahu,” sambungnya lagi, “Saya ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka. Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah. Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita. Saya ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid semacam Immad Aql…”
Air mataku menitis perlahan. Itu adalah impianku juga, impian yang kini mulai kuragui kenyataannya. Aida tak tahu berapa jumlah ikhwan yang telah menaruh hati padaku. Dan rasanya hal itu tak berguna diketahui. Dulu, ada sebongkah harapan kalau kelak lelaki yang mendampingiku adalah seorang mujahid yang hidupnya ikhlas kerana Allah.
Aku tak menyalahkan mereka yang menginginkan isteri yang cantik. Tidak. Hanya setiap kali bercermin, ku tatap wajah di sana dengan perasaan duka. Setakat inikah nilaiku di mata mereka? Tidakkah mereka ingin menilaiku dari sudut kebagusan dien-ku?
“Ukhti, masih tersisakah ikhwah seperti yang kita impikan bersama?” desisku.
Aida menggenggam tanganku. 
“Saya tidak tahu. Meskipun saya sentiasa berharap demikian.
Bukankah wanita baik untuk lelaki baik dan lelaki yang buruk untuk yang buruk juga?”
“Anti tak tahu,” air mata mengalir tiba-tiba. “Anti tak tahu apa-apa tentang mereka.”
“Mereka?”
“Ya, mereka,” ujarku dengan kemarahan terpendam. “Orang-orang yang saya kagumi selama ini banyak yang jatuh berguguran. Mereka menyatakan ingin ta’aruf. Anti tak tahu betapa hancur hati saya menyaksikan ikhwan yang qowiy seperti mereka takluk di bawah fitnah wanita.”
“Ukhti!”
“Sungguh, saya terfikir bahawa mereka yang aktif da’wah di kampus adalah mereka yang benar-benar mencintai Allah dan Rasul Nya semata. Ternyata mereka mempunyai sekelumit niat lain.”
“Ukhti, jangan su’udzan dulu. Setiap manusia punyai kelemahan dan saat-saat penurunan iman.
Begitu juga mereka yang menyatakan perasaan kepada anti. Siapa yang tidak ingin punya isteri cantik dan solehah?”
“Tapi, kita tahukan bagaimana prosedurnya?”
“Ya, memang…”
“Saya merasa tidak dihargai. Saya berasa seolah-olah dilecehkan. Kalau ada pelecehan seksual,
maka itu wajar kerana wanita tidak menjaga diri. Tapi saya…. Samakah saya seperti mereka?”
“Anti berprasangka terlalu jauh.”
“Tidak,” aku menggelengkan kepala.
“Tiap kali saya keluar rumah, ada sepasang mata yang mengawasi dan siap menilai saya mulai dari hujung rambut -maksud saya hujung jilbab- hingga hujung sepatu. Apakah dia fikir saya boleh dinilai melalui nilaian fizikal belaka..”
“Kita berharap agar ia bukan jenis ikhwan seperti yang kita maksudkan.”
“Ia orang yang aktif berda’wah di kampus ini, ukhti.”
Aida memejamkan mata. Dapat kulihat ujung matanya basah. Kurebahkan kepala ke bahunya. Ada suara lirih yang terucap..
“Kasihan risalah Islam. Ia diemban oleh orang-orang seperti kita. Sedang kita tahu betapa berat perjuangan pendahulu kita dalam menegakkannya. Kita disibukkan oleh hal-hal sampingan yang sebenarnya telah diatur Allah dalam kitab-Nya. Kita tidak menyibukkan diri dalam mencari hidayah. Kasihan kanak-kanak Palestin itu. Kasihan saudara-saudara kita di Bosnia . Adakah kita boleh menolong mereka kalau kualiti diri masih seperti ini? Bahkan cinta yang seharusnya milik Allah masih berpecah- pecah. Maka, kekuatan apa yang kita ada?”

Kami saling bertatapan kemudian. Melangkau seribu makna yang tidak mampu dikatakan oleh kosa kata. Ada janji. Ada mimpi. Aku mempunyai impian yang sama seperti Aida: mendukung Islam di jalan kami.
Aku ingin mempunyai anak-anak seperti Asma punyai. Anak-anak seperti Immad Aql.
Aku tahu kualiti diri masih sangat jauh dari sempurna. 
Tapi seperti kata Aida; Meskipun aku lebih malu lagi untuk meminta ini kepada-Nya.
Aku ingin menjadi pendamping seorang mujahid ulung seperti Izzuddin al-Qassam.



Akhifillah,
Mungkin antum tertawa membaca surat ini. 
Ah akhawat, berapa nilaimu sehingga mengimpikan mendapat mujahid seperti mereka?
Boleh jadi tuntutanku terlalu besar. Tapi tidakkah antum ingin mendapat jodoh yang setimpal? Afwan kalau surat antum tidak saya layani.
Saya tidak ingin masalah hati ini berlarutan. Satu saja yang saya minta agar kita saling menjaga sebagai saudara.
Menjaga saudaranya agar tetap di jalan yang diredhai-Nya. Tahukah antum bahawa tindakan antum telah menyebabkan saya tidak lagi berada di jalan-Nya?
Ada riya’, ada su’udzhan, ada takabur, ada kemarahan, ada kebencian, itukah jalan yang antum bukakan untuk saya, jalan neraka? – ‘Afwan.
Akhifillah,
Surat ini seolah menempatkan antum sebagai tertuduh. Saya sama sekali tidak bermaksud demikian. Kalau antum mahu cara seperti itu,silakan.
Afwan, tapi bukan saya orangnya. Jangan antum kira kecantikan lahir telah menjadikan saya merasa memiliki segalanya.
Jesteru, kini saya merasa iri pada saudari saya. Ia begitu sederhana.Tapi akhlaknya bak lantera yang menerangi langkah-langkahnya.
Ia jauh dari fitnah. Sementara itu, apa yang saya punyai sangat jauh nilainya. Saya bimbang apabila suatu saat ia berhasil mendapatkan Abdullah Azzam impiannya, sedangkan saya tidak.

Akhifillah,
‘Afwan kalau saya menimbulkan fitnah bagi antum. Insha'Allah saya akan lebih memperbaiki diri. Mungkin semua ini sebagai peringatan Allah bahawa
masih banyak amalan saya yang riya’ maupun tidak ikhlas. 
Wallahua’lam. 
Simpan saja cinta antum untuk isteri yang telah dipilihkan Allah.
Penuhilah impian ratusan akhawat, ribuan ummat yang mendambakan Abdullah Azzam dan Izzuddin al-Qassam yang lain.
Penuhilah harapan Islam yang ingin generasi tangguh seperti Imaad Aql. Insya Allah antum akan mendapat pasangan yang bakal membawa hingga ke pintu jannah.
Akhifillah,
Malam bertambah-dan bertambah larut. Mari kita solat malam dan memandikan wajah serta mata kita dengan air mata.
Mari kita sucikan hati dengan taubat nasuha. Pesan saya, siapkan diri antum menjadi mujahid.
Insya Allah, akan ada ratusan Asma dan Aisyah yang akan menyambut uluran tangan antum untuk berjihad bersama-sama.
Yang terakhir, akhi, saudara seaqidahku,
saya persembahkan bingkisan indah sebuah syair karya pujangga besar Muhammad Iqbal.
Semoga menjadi renungan kita bersama untuk lebih meningkatkan ketaqwaan dan keimanan.



IDEALNYA SEORANG PEMUDA
Ia peribadi yang muslim,
Berhati emas,
Berpotensi prima,
Yang di kala damai
Anggun petaka kijang dari padang perburuan
Yang di kala perang
Perkasa bak harimau kumbang
Ia perpaduan manis hempedu
Satu kali dengan kawan
Lain kali dengan lawan
Yang lembut dalam berbahasa
Yang teguh membawa suluh
Angannya sederhana
Citanya mulia
Tinggi keutamaan dalam hati-hati
Tinggi budi, rendah hati
Ia lah sutera halus di tengah sahabat tulus
Ia lah baja
Ditentangnya musuh durhaka
Ia ibarat gerimis atau embun tiris
Yang memekarkan bunga-bunga
Yang melambaikan tangkai-tangkai
Ia juga puting beliung
Yang melemparkan ombak menggunung
Yang menggoncangkan laut ke relung-relung
Ia lah gemercik air ditaman sari
Ia juga penumbang segala belantara
Segala sahara
Ia lah pertautan agung iman Abu Bakar
Perkasa Ali
Papa Abu Dzar
Teguhnya Salman
Mendirinya di tengah massa yang bergoyang
Ibarat lentera ulama di tengah gelita sahara
Ia pilih syahid fisabilillah atas segala kerusi dan penghormatan
Ia manuju bintang
Menggapai malaikat
Ia tentang tindakan kuffar
Maka nilainya pun membumbung tinggi
Harganya semakin tak terperi
Maka siapakah yang akan sanggup membelinya
Kecuali Rabb-nya?

MONOLOG SEORANG PEJUANG

 
(Khas buat  isteri-isteri pejuang... serta bakal isteri seorang pejuang)

Isteriku...

Apabila kusentuh telapak tanganmu...Ku usap-usap, ianya semakin kasar dan keras....Apabila kurenung wajahmu....Terpancar sinar bahagia dan ketenangan walaupun kutahu...Redup matamu menyimpan satu rintihan yang memberat....Apabila kutersentak dari pembaringan dikala fajar kazib menyinsing... Aku terpana dek munajatmu yang syahdu.
Isteriku...Tatkala teman-temanmu sedang bersantai di samping...Insan-insan tersayang di dunia ciptaan mereka..Engkau bahagia mengorbankan seluruh detik-detikmu....Hanyasanya untuk Islam...Tatkala lengan-lengan mereka dibaluti...Pelbagai hiasan yang indah...Leher-leher mereka memberat dilingkari dengan kilauan barang kemas...Pakaian-pakaian mereka anggun persis puteri kayangan...Wajah mereka dipalit pelbagai warna dan jenama...Kau umpama ladang ummah...Kau menginfa'kan seluruh jiwa dan raga demi kebangkitan Islam...Kau tak pernah bersungut-sungut, mengeluh, meminta-minta mahupun mengadu domba...Tatkala mereka berlumba-lumba mengejar pangkat dan nama..Kau gah menjulang nama dengan pengaduanmu di sisi yang Esa...

Isteriku....

Bukan aku tidak mampu membelikan barangan dan hiasan-hiasan tersebut... Tetapi isteriku...Aku masih ingat tatkala aku menyuntingmu untuk dijadikan suri dan seri kamar hatiku....Kau melafazkan, "Saya sudi menjadi sayap kiri perjuangan saudara tetapi dengan syarat..."..Kau tersenyum sambil menghela nafas dalam-dalam....Aku termangu sendirian...Syarat apakah itu? Banglokah? Hantaran seribu serba satukah? Kereta mewahkah? Aksesori Habib Jewels kah? Barangan kulit Bonia kah? Perabot mahal dari Itali kah?...Atau honeymoon di Kota Paris kah?..Katakan... Aku mampu memberikan...Lamanya kau mengumpul kekuatan untuk berkata...

Akhirnya...Arghhh...

Permintaanmu itu...Pasti ditertawakan oleh kerabat dan teman-teman kita...Aku tergamam serta kelu...Dengan penuh keyakinan kau berkata..

"Saudara, Mampukah saudara menjadikan saya sebagai isteri yang kedua saudara?.... Mampukah saudara menjadikan Islam sebagai isteri pertama saudara yang lebih perlukan perhatian?... Mampukah saudara meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya termasuklah urusan-urusan dunia?... Mampukah saudara menjual diri saudara semata-mata kerana Islam?.. Mampukah saudara berkorban meninggalkan kelazatan dunia?... Mampukah saudara menjadikan Islam laksana bara api... Saudara perlu menggenggamnya agar bara itu terus menyala...

Mampukah saudara menjadi lilin yang rela membakar diri untuk Islam.. Bukannya seperti lampu kalimantang yang bisa di'on'kan bila perlu dan di'off'kan bila tidak....Mampukah saudara mendengar hinaan yang bakal dilontarkan kepada saudara kerana perjuangan saudara....Dan... Mampukah saudara menjadikan saya isteri seorang pejuang yang tidak dimanjai dengan fatamorgana dunia?..."

Aduh! Banyaknya syarat-syarat itu isteriku...Namun aku menerima syarat-syarat tersebut kerana aku tahu..Jiwamu kosong dari syurga dunia...Kerana aku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan iman dan akhlakmu..Bukannya kau yang diubah oleh dunia...

Isteriku..

Akhirnya jadilah engkau penolong setiaku sebagai nakhoda mengemudi bahtera kehidupan kita...Susah senang kita tempuh bersama...Aku terharu dengan segala kebaikanmu...Kau jaga akhlakmu...Kau pelihara maruahmu selaku muslimah...Kau tak pernah mengeluh apabila sering ditinggalkan dek tugasku menjulang Islam ke persada agung....Kau jua sanggup menyekang mata menungguku sambil memberikan aku suatu senyuman terindah di ambang pintu tatkala aku pulang lewat malam.... Malah, kau seringkali meniupkan semangat untuk aku terus thabat di pentas perjuangan ini....Kau tabur bunga-bunga jihad walaupun kita masih jauh dengan haruman kemenangan...

Isteriku..

Tangkasnya engkau selaku suri...Biarpun kau jua sibuk bersama mengembeleng tenaga selaku sayap kiri perjuanganku..Kau jaga teratak kita dengan indahnya...Kau siraminya dengan wangian cinta dan kasih sayang....Kau tak pernah menjadikan kesibukanmu itu untuk kau lari dari amanahmu meskipun jadualmu padat dengan agenda-agenda bersama masyarakat dan kaum sejenismu....Cekalnya engkau mendidik anak-anak...Kau kenalkan mereka dengan Allah, Rasul SAW, Ahlul Bait serta para pejuang Islam...Kau titipkan semangat mereka sebagai generasi pelapis jundulLah...Kau asuh mereka membaca Al Quran...Malah kau temani mereka mengulangkaji pelajaran di kala menjelangnya peperiksaan...

Isteriku...

Barangkali inilah kebenarannya ungkapan keramat...Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia...Andai Saidatina Fatimah binti Rasulullah SAW masih ada..Pasti beliau tersenyum bangga kerana masih ada srikandi Islam...SEPERTIMU....

WAHAI ISTERIKU SAYANG...

GERHANA SEORANG DAIE



Wafa’ memandang sepi pemandangan musim luruh dari beranda rumah sewanya. Dedaunan kering menari ditiup angin petang. Pagi tadi hujan sedikit lebat. Suhu petang itu kira-kira 13 darjah Celcius. Sejuk mencengkam tulang belulang gadis Melayu itu. Sesekali dia benar-benar teringatkan keluarga yang ditinggalkan di tanah air. Rindu bukan kepalang lagi. Dia juga teringatkan duit belanja biasiswanya yang disekat tanpa sebarang alasan. Ahh….politik betul pihak atasan! Namun, bukan semua itu yang membuat dia resah dan gelisah. 

  Khaulah….sahibah yang amat disayangi dan dihargainya. Setahun ketika mereka bersama-sama belajar di Program Asasi Sains Universiti Malaya dulu cukup besar ertinya dalam lipatan kenangan Wafa’. Masa berlalu begitu cepat. Serangan jahiliyyah begitu licik. Setahun setengah di bumi Queen Elizabeth ini sudah banyak mengubah diri mereka. Gumpalan perasaan kesal mula menyerang kalbu kecilnya. Bekalan iman yang dibajai di UM dulu sudah mula kehabisan tenaga. 
Sebelum melangkah ke sini dahulu…..

Terasa diri sudah pun bersiap sedia dengan senjata dan kelengkapan perang fikrah. Namun hakikatnya…persiapan tersebut belum pun cukup matang untuk menumpaskan musuh iman. Mereka sudah mula berlari di track yang sama dengan manusia lain yang hidup tanpa sentuhan tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah. Arus jahiliiyyah direnangi dengan hati yang senang dan tenang. 

  “ Ya Allah…aku rindu aku yang dahulu,” begitulah munajat hati kerdil Wafa’.
Saat dia terkenangkan posisinya di sisi Allah dan Islam, hati bertambah lesu. Hidup tanpa murabbi di sini amat mendukacitakan. Setiap kesilapan dan kelalaian berlalu tanpa teguran. Simpulan ikatan hati semakin longgar. Kalau dahulu kerana Allah, kini kerana first class honor. Hati terasa beku dan kaku. Berkali-kali dibacanya Surah Al-Waqi`ah, namun setitik air mata khauf pun tidak menitik. Dipegangnya buku Men Around The Messenger dengan harapan terdidik dengan perjuangan jihad awwaluun, namun semua itu gagal membuahkan hasil. Duit belanja makan hariannya di infaq, dalam hati berdoa agar Allah mencurahkan cahaya kasihNya kembali. Malang….Wafa’ gagal lagi. 

Dikerah nafsunya berpuasa Isnin Khamis, sayang sekali.. .natijahnya umpama mendapat penat dan lelah tanpa merasai kenikmatan berubudiyyah kepada Allah. Berkali-kali dia termenung di atas katil empuknya untuk bermuhasabah, namun segalanya berakhir dengan dengkuran panjang. Ya Rabbi….apakah ada dosa yang tidak sudi Kau ampunkan? Menjelang malam sepi dia bangun untuk mencuri perhatian pemilik ruhaninya, tetapi baru dua rakaat solahnya dia sudah rebah tidak bermaya. Ya Ilaahi….mengapa ni? 

“ Jalan ini memerlukan bekalan dan persiapan yang besar dan banyak. Tanpa bekalan dan persiapan yang rapi, para da’i bakal tersungkur menyembah bumi. Kerana itu, para da’ie perlulah hidup dalam dunianya sendiri tanpa terpengaruh dengan perubahan palsu yang menari disekelilingnya.”

Mata Wafa’ terpaku seketika pada catatan yang pernah dicatat di dalam buku halaqahnya. Dia terigaukan halaqah yang dihadirinya setiap minggu di tanah air dulu. Benarlah huraian mas’ulahnya, kira-kira 3 tahun yang lalu. Dia kekurangan bekalan dan persiapan. Muayyid-muayyid yang di cekupnya dulu dibiarkan tanpa dihubungi. Dia benar-benar kelesuan!! Dia meneruskan pembacaannya. Tulisan-tulisan itu walaupun hodoh kerana bersambung-sambung tanpa khat yang betul, tetapi ia begitu berharga. 

Namun…..yang menyentuh hati sang manusia ialah Allah. Bukan fikrah yang tercatit di lembaran buku catatan, ataupun amal-amal soleh yang diperjuangkan. Walau solah 20 rakaat sekalipun, seandainya Allah tidak mengangkat hijab di hati, semuanya tidak berhasil. Sesungguhnya kalbu manusia di celah jari-jemari Allah. Allah berkuasa memalingkannya ke arah yang dikehendakiNya. Ruhnya longlai mengenangkan semua itu.

Oh Allah...datanglah padaku…


air matanya tumpah mengenangi kelesuan yang melanda diri. Wafa’ menyambung telekunya di beranda itu. Tangan ditadah ke langit biru. Matanya merenung jauh merentasi pameran alam Ilahi seindah saujana mata memandang.
   
  “ Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kedua biji mata yang mudah mengalirkan air mata, dapat menyembuhkan hati dengan linangan air mataku itu kerana takutkanMu. Perkenankanlah permohonanku sebelum mengalir dari kedua mata ini air mata darah, Ya Allah, kepadaMu lah aku kembali…”
 
  Dia melepaskan nafas panjang. Alangkah indahnya sekiranya derita itu terhembus keluar bersama deruan nafasnya. Argh…beriman tidak semudah itu!! Dia mendesak diri untuk keluar dari lubuk kelesuan ini, namun bagaimana? Segala amalnya seperti ditolak Allah. Alangkah tidak berharganya sebuah kehidupan begini…
 
  Buat Ukhti Wafa’ da’iyah pemegang masa depan ummah,
 
  “ Hai anak Adam, carilah Aku nescaya engkau akan bertemu denganKu. Jika engkau dapat menemuiKu ertinya engkau telah mendapat segala-galanya. Tapi jikalau Aku luput darimu ertinya engkau telah luput dan kehilangan segala-galanya. Sewajarnyalah engkau mengasihiKu dari segala-gala yang lain.”  
(Hadis Qudsi)

   
Anak mata Wafa’ berlari-lari membaca bait-bait hadis itu. Dia memejam matanya erat. Kad berwarna biru itu dihadiahi oleh akh Abdullah Mas`ud pada hari dia berlepas ke London International Airport . Wahai Abdullah Mas`ud, seandainya anta tahu ana di marhalah ini, pasti anta tidak sudi lagi untuk memperisterikan diriku. Pasti akhi sedang bersilat dengan dunia akhi selaku da’ie dan murabbi di tanah air sana . Sedang ana di sini berperang dengan nafsu pun sudah tertewas. Tunangku, tidaklah semudah yang disangka untuk mencorak diri selari dengan fikrah Islam yang semestinya kita fahami. Di sini ana hidup tanpa murabbi mithali, tanpa biah solehah juga manhaj Rabbani yang ana sendiri masih jahil tentangnya.
 
 
* * * * *
 
“ Khaulah, malam ni kita buat halaqah boleh? Hati ana dah tak tahan dah ni, iman ana dah nyawa-nyawa ikan. Dah berapa bulan kita tak bersama,” Kata Wafa’ pada Khaulah ketika mereka sedang dalam perjalanan ke Manchester University of Science And Technology. 

“ Malam ni actually ana ada perjumpaan Exco PPIMUK.”

“ Kalau minta uzur syar’ie tak boleh ke?”

“ Mana boleh, ana Exco Tertinggi. Kalau tak datang, jatuh reputasi. Lagipun kami ada projek besar nanti menjelang Aidil Fitri hujung tahun ni. Sorilah Wafa’, kita tangguh boleh?”  

 “ Ukhti…ana cakap sikit boleh?”

“ Cakap apa? Ana kalut ni,” Jawab Khaulah diiringi senyuman kering.

“ Takpelah kalau macam tu. Kita cakap kemudian. Cuma….Cuma ana nak sampaikan pada anti yang actually ana nampak anti dah jauh dari track kita. Errr…that’s all. We meet tonight, InsyaAllah.”

Wafa’ menyudahi bicaranya di situ. Gadis Kuala Kedah itu dapat merasakan yang dia sudah tidak ikhlas lagi terhadap Khaulah, yang semakin hari semakin berbeza. Dia tidak sanggup memandang anak mata Khaulah yang cantik itu di saat dia melepaskan kalimat itu tadi. Entah apa rasa hati Khaulah agaknya….marah? geram? Tersedar? Wallahua’lam. Wafa’ dan Khaulah berpisah di situ. Khaulah melepasi pagar universiti manakala Wafa’perlu menaiki bas untuk ke fakultinya. Hati Wafa’ kembali pudar . Terkesima juga dia dengan jawapan Khaulah yang sudah dijangkanya. Wafa’ beristighfar… ..lupa pula…..da’ie perlu berbesar hati dan berlapang dada berhadapan dengan seribu satu situasi yang menyukarkan proses berlaku. Dia sahibahku….bukan orang lain!!.

“ Kesibukan yang tidak ke mana-mana…”
Wafa’ mendengus sendirian. Beginilah masa-masa Mukmin dihabiskan. Mukmin terlalu sibuk dengan agenda kehidupan yang belum pasti. Mesyuarat siang malam, namun maksiat terus berleluasa, malah semakin dahsyat. Mukmin telah terlupa beramal tanpa noktah bidayah yang betul akhirnya membuahkan bibit-bibit kefuturan yang busuk. Semangat semata-mata akhirnya tidak ke mana-mana.
 
“ Nak survive macam mana kalau tak ada halaqah? Along cakap senang la. Along kat sana ramai sahabat-sahabat yang soleh. Tersilap ada yang menegur. Tengok kereta sahabat pun dah cukup untuk membina kesungguhan. Wafa’ kat sini dah lah hidup disekeliling manusia laknatullah. Mana mungkin seorang manusia yang tidak terdidik dapat mendidik manusia lain?”
 
“ Habis tu, Wafa’ nak cakap Wafa’ sanggup tunduk pada jahiliyyah dan kekufuran?!”
Mus’ab membidas butir bicara adiknya.Tajam. Mus`ab tersentak mendengar idea-idea Wafa’ yang tidak matang. Tak bersedia, tak mampu, tak layak, hati kotor lah, jauh dari Allah lah…tidak ada kekuatanlah…dan seribu lagi alasan yang bermacam wajah dan rupa. Baginya, manusia yang hidup diselaputi udara jahiliyyah punya peluang yang begitu besar untuk lebih mendekati Allah. Dan yang paling penting, melaungkan seruan dakwah ilallah adalah perkara asas yang wajib dimulai..!!

“ Bukanlah macam tu Along.”

“ Selagi mana kita tidak bertindak untuk meruntuhkan jahiliyyah, selagi itulah kita dikatakan redha kepada system yang menghina Islam. Wafa’ ingat dakwah tu pergi bagi ceramah macam pendakwah bebas tu ke? Sekadar bagi ceramah tidaklah namanya mendukung Risalah, tetapi kerja kita sekarang ialah membentuk peribadi yang selari dengan kehendak Allah. Wafa’ tak perlukan modal, you do not need transport, or money, or anything else. Cukuplah kalau mereka punya hati dan hidup mencari sesuatu yang lebih bermakna.”

“ Hati Wafa’ pun lesu, nak sentuh hati orang macam mana…”

“ Inilah masalahnya. Dah tau hati tu tak ada tenaga, do something Kak Long.

“ Wafa’ dah buat macam-macam! ! Along tak faham ke? Wafa’ sampai tahap tension sebab tak tau bagaimana nak rawat hati ini lagi. Argh…..kadang- kadang Wafa’ lebih gembira mati dan tidak pernah ada di dunia ini. Tak perlulah Wafa’ berhadapan dengan Hari Pembalasan Allah yang sangat menakutkan.”

Mus`ab diam seketika. Dia cuba menyelami hati adiknya. Rasa lemah? Rasa tak berdaya? Donno to do anything? Aku juga pernah melalui stage itu. Stage yang dahsyat! Dia tidak ingin kembali ke marhalah itu. Ya….para du`at juga punya keletihan masing-masing. Kesilapan demi kesilapan yang diulang tanpa perubahan lah yang mencampakkan para da’ie ke lembah duka dan gelisah. Adakalanya da’ie terfikir aku tidak selayaknya lagi bersama dengan kafilah ini. No!! Never and forever to think such the way!! Mana mungkin manusia yang normal terfikir untuk melepaskan segenggam emas dan permata ditangannya kerena kecewa dan duka. Bodoh…mungkin itulah panggilan yang paling sesuai buat mereka yang terfikir sedemikian rupa. Walau bagaiman jelek pun pakaian, walau bagaimana rasa tak layak pun untuk untuk memakai permata di tubuh, tak mungkin permata itu dibuang. Kan ? 
 
“ Keluarlah dari kepompong, lihat dunia disekeliling Wafa’ dengan hati. Dunia menderita kerana mereka kehilangan hati mereka sendiri. Sedang kita tertipu untuk melengkapkan diri semata-mata tanpa menyeru orang lain kepada Islam. Kita bukan nak jadi ahli sufi semata-mata, tapi kita perlu menjadi da’I dan murabbi. Sesungguhnya dakwah lah yang mendekatkan diri kita dengan Allah, dakwah lah yang memberi kita ruang untuk sentiasa memperbaiki diri, Manusia yang hanya tahu untuk memperbaiki diri tanpa memulakan dakwah adalah manusia yang hidup untuk dirinya sendiri. Lihatlah masyarakat yang menderita di sekeliling Wafa’, normal kah Wafa’ kalau tidak rasa kasihan dan mahu membantu mereka? Bukankah Islam itu kekuatan dan kemenangan?”
 
Wafa’ diam membisu. Ada benarnya tamparan kata-kata Alongnya. Dia sudah melupakan penderitaan ummah. Hatinya tidak terdengar tangisan sang ibu kehilangan anaknya...dirogol, dibunuh, dilarikan, ditipu, dan diperkosa iman mereka. Dia lupa pada jerih payah sang ayah mencari nafkah siang dan malam sehingga melupakan anak-anak. Anak-anak dibiar subur bersama jahiliyyah. Lalu anak-anak menjadi manusia yang lupa diri, gelap cita-cita, dan paling menyayat hati; anak-anak muda kehilangan kekuatan untuk menempuh perjalanan kehidupan. Dia lupa pada derita masyarakat dihimpit ideologi-ideologi manusia. Jiwa insan ditikam ketidakselesaan, keresahan, kehasadan dan kefasikan. Manusia menjadi hamba manusia. Siang malam ditempuhi dengan penuh kesengsaraan jiwa. Lupakah dia pada derita yang tidak pernah terbayang begitu dahsyatnya? Kemiskinan bukanlah sengsara yang hakiki, tetapi kemiskinan jiwa merupakan segala-galanya. Oh Allah, bala apakah yang menimpa umat ini? 
“ Baiklah Wafa, Wafa’ fikirlah dengan iman. Kita sudah tidak ada masa untuk duduk lagi. Ingatlah wahai da’I ilallah, jauhkanlah diri Wafa’ dari segala yang bernama al-hawa’.” Perbualan tarbawi mereka terhenti di situ diakhiri dengan ucapan salam. Wafa mendapat sedikit kekuatan untuk segera bangkit kembali.

Kita dah tak ada masa….

detik hatinya.
 

* * *

“ Mungkin pada pandangan manusia Mus’ab bin Umair dikira menderita. Dia kehilangan kegemilangan, kekayaan, dan kasih-sayang seorang manusia yang very special in his life, tapi mari kita selami hati mereka. Mereka tenang kerana keimanan yang mendiami jiwa mereka. Mereka merasakan tidak ada apa-apa yang lebih bermakna melainkan iman kepada Allah. Iman begini yang kita nak capai, kerana iman beginilah yang berkuasa menggerunkan musuh-musuh Islam yang sentiasa menyerang kita dari segenap penjuru. ” Wafa’ teringatkan perbualannya dengan Kak Hasna ketika di tanah air dulu. Sembang-sembang mendidik jiwa. 

Saat mereka mendaki Gunung Jerai….

  “ Susahnya nak daki gunung ni, letih la…”

  “ Kita nak mendaki perjalanan menuju Allah jauh lebih sukar,” Kak Balqis menyahut keluhan Wafa’ selamba. Dia tersentak seketika. Ya tak ya juga….

“ Barangsiapa yang mencari Allah bukan melalui jalan berharap(roja' ) dan takut(khauf) , bukan dengan rindu dan cinta (kepada Nya), niscaya dia akan kebingungan dalam mencari Nya, kacau dalam amalnya, tidak akan menemukan nikmat-nikmatnya ibadah, dan tidak dapat menempuh jalan kezuhudan. Oleh kerana itu, bertaqwalah kepada Allah yang hanya kepada Nya kita kembali.”

Amirah yang dari tadi berada di belakang mereka tiba-tiba bersuara. Wafa menoleh ke belakang. Dia membalas pandangan mata Amirah yang redup penuh mahabbah.

“ Jazakillahkhairan ukhti...patutlah selama ini mudah sangat ana berundur,” Wafa’ berbicara tenang walaupun tubuhnya keletihan. Sesungguhnya pendakian tarbawi yang panjang tetapi singkat ini benar-banar mendidik jiwa mereka. Ukhuwwah terasa kehangatannya. Inilah masa untuk berta’aruf dengan lebih mendalam, berkongsi pendapat dan pengalaman, meminta nasihat dan idea, juga saling memperingati akan tugas sebenar seorang Muslim Mukmin, yakni mendukung Risalah Dakwah Rasulullah.

Wafa’ tersenyum sendiri mengenangkan semua itu. Dia berasa sedikit segar setelah nostalgia di jalan dakwah dan tarbiyyah bersama sahabat-sahabatnya di tanah air singgah sebentar di kalbunya.

Dia umpama baru disergah...
“ Hei Wafa’, kita mendukung Risalah!! Bangun!!” .

Wafa bingkas bangun. Tangannya ligat menyelongkar kitab-kitab fikrahnya yang tersimpan di balik pintu biliknya. Dia sedang mencari bekalan....bekalan sirah yang telah pun pudar di dalam dadanya.Ya Allah, didiklah aku menerusi sirah yang akan ku baca ini....ya Allah, Engkaulah sebaik-baik pendidik.”

Tangan Wafa’ menggeletar saat dia memegang buku Perjalanan Kehidupan Rasulullah s.a.w karangan Abul Hassan Ali an-Nadwi. Dia sedar kini....mengapa dia mudah longlai....kerana sejarah kebanggaan umat Islam telah malap dalam kehidupannya. Ya...aku perlu hidup bersama
sirah. Mereka telah membenarkan iman mereka dengan amal dan pengorbanan. 

Setiap kali Wafa’ bersendirian, air mata lah menemaninya menahan rasa lesu yang menyerang jiwanya. Dia terus berdoa dan berdoa...penuh pengharapan agar Allah mengembalikan iman ke dalam hidupnya. Dia yakin, Allah tidak menyia-nyiakan keikhlasan hambaNya untk mendekatiNya. Semoga Allah memberinya sekeping hati yang baru....

* * * * *
 
“ Umi risau Kak Long sorang-sorang di sana. Pihak lelaki minta diawalkan,”
Umi memujuk Wafa’ dengan penuh rasa kasih selaku seorang ibu. Wafa’ diam seribu bahasa. Dia memandang langit biru yang kelam. Malam itu bintang tidak kelihatan. Nak hujan kot, bisik Wafa’ membuat tekaan sendiri. Umi bangun dari katil, mendekati Wafa’ yang berdiri di sisi tingkap.
 
  “ Boleh Kak Long? Kak Long cuti ada lagi 2 bulan lebih , sempat kalau Kak Long nak menyediakan diri,” Umi memujuk lagi. Hati ibu mana tidak resah melepaskan puteri sulongnya merantau ke negara kuffar sendirian tanpa mahram di sisi. 
  “ Abah tak kata apa-apa?”
  “ Abah pesan jangan paksa Kak Long,”
  “ Dah tu?” Wafa’ merespon sedikit kasar. Hatinya bengang. Janji waktu bertunang dulu pihak lelaki sanggup tunggu hingga dia menyelesaikan degree nya. Tapi sekarang lain pula bunyinya...
“ Bukan soal janji Kak Long. Tapi soal Kak Long di ganggu di sana,”
  Wafa’ memejam matanya erat, sedih bercampur kesal. Dia mula menyalahkan dirinya kerana menceritakan peristiwa dia di ganggu oleh pemuda berkulit hitam setiap hari. Kalau tak cerita, tak akan jadii macam ni....!! Wafa’ beristighfar, terasa syaitan mula merangsang amarahnya sekali gus menghangatkan emosinya. Dia seperti mahu mengungkit kisah silam. Wafa’ bertunang pun atas gesaan keluarganya. Yang paling menyentuh hati, pertunangan di adakan dalam suasana yang sangat tergesa-gesa, beberapa hari sebelum dia berangkat ke United Kingdom 2 tahun lalu. Dia beristighfar lagi....dia terlupa hidup ini diatur Allah dengan sebaik-baik pengaturan. Tiada silap tiada cela. Belajarlah menerima rentetan perjalanan yang adakalanya sangat memeritkan. Inilah kehidupan... .

“ Lagi setahun setengah aja,bukannya lama mak,” Wafa’ bersuara lagi setelah menyepi agak lama. Umi mengurut bahu Wafa’ dengan tangan kanannya. Hati umi sentiasa berdoa semoga dibukakan hati puteri kesayangannya.
  “ Dia tak apelah, dah ada Master, Kak Long ni harapkan sijil matrikulasi tu aja.”
  “ Kan tak elok kalau dah berumur nanti baru nak kenduri. Dia pun dah nak masuk 25, nak tunggu lama-lama tak sopan. Tak elok bertunang lama-lama,”
  “ Dulu, kenapa tak cakap pun yang bertunang lama-lama tu tak elok? Kenapa sekarang baru nak ungkit? Dah tak tahan?!” Wafa’ melepas geram. Hatinya mula membara. 
  “ Kak Long, solehnya mulut tu,” Umi menegur keceluparan mulut puterinya.
  “ Umi dah jemu jaga Wafa’ ke? Kanapa begitu cepat umi nak bagi orang lain yang didik Wafa? Wafa’ tau Wafa’ banyak menyusahkan hati mak.”
  “ Bukan macam tu Kak Long. Umi risau sangat Kak Long di sana. Setiap malam umi doa untuk Wafa’ melebihi doa umi untuk adik-adik lain,”
  “ Umi dan Mas’ud tu sama aja....kan Allah ada untuk jaga Wafa’? Umi tak paham ke perasaan Wafa’? Wafa’ tak pernah terfikir untuk melalui semua ni seawal ini,”
  “ Memang Umi dan Mas’ud sama. Kami sayangkan Wafa’,” bersahaja jawapan Umi membedil kembali telahan puterinya. Umi memaafkan kekasaran puterinya yang sedang beremosi.
  “ Yelah...nanti Kak Long solah istikharah, bagi tahu pihak lelaki anak umi ni muda lagi, baru 21. awal-awal sangat pun tak elok. Kak Long bukan reti apa-apa,” Wafa’ menyudahkan bicaranya di situ. Penuh perasaan dia memberi lafaz putus untuk perbualan malam itu Dia mengorak langkah keluar dari bilik bundanya.

Air mata mula menitik...entah mengapa sensitif benar dia belakangan ini. Mudah sekali dia menangis. Umi hanya memandang sepi. Hatinya berperang antara dua keputusan... antara pernikahan puterinya atau meredhai dia diganggu saban hari di sana kelak? Hati sang Umi amat memahami naluri puterinya. Wafa’ sedikit ego, tetapi hatinya lembut. Kalau diberi alasan logika dan rasional, anaknya akan bangkit dan menentang keputusan orang lain demi menegakkan ideanya. Tetapi saat ditujah dengan alasan syara’, dia pasti akan tunduk patuh walaupun semua itu sangat menekan jiwanya. 

  “ Macam mana?” tanya Abah pada Umi. Abah masuk ke bilik apabila menyedari Wafa’ keluar tadi. Abah begitu segan untuk menyertai suasana tadi. Abah lebih selesa menyerahkan semuanya kepada Umi.

  “ Abang pun faham anak kita, kalau tak ada alasan yang syar’ie dia akan pertahankan apa yang dia faham,”
  “ Habis tu, apa katanya tu?”
  “ Tak bagi kata putus lagi. Nak solat dulu katanya. Sebak juga Shimah mendengar alasan dia,” Umi tunduk memandang lantai bilik yang berwarna hijau muda. Saat ini dia amat memahami betapa tersepitnya atma Wafa’. Mengakhiri zaman gadis tanpa persiapan jiwa adalah suatu yang agak menyukarkan. 
  “ Perkara yang paling Wafa’ tak suka ialah melakukan sesuatu yang dipaksa,walaupun perkara tu syara’.” Umi teringatkan kata-kata Wafa’ tidak lama dahulu.
  “ Kita solah hajat bang,” Umi akhirnya bersuara penuh sebak.
 
* * *
 
Wafa’ menangis teresak-esak di birai katilnya. Memasuki gerbang perkahwinan bukanlah suatu yang mudah baginya. Kalau sekadar berakad nikah dah settle tak apa. Ini tidak....seribu satu tanggungjawab menanti di hadapan. Digagahi kakinya mendekati almari soleknya. Mushaf Al-Quran berwarna biru di capai dengan hati yang masih hambar. Dia duduk di kaki katil. Saat dia membuka mushaf itu air matanya bertambah lebat. Barulah dia teringat mushaf itu merupakan hadiah hantaran pihak lelaki pada hari pertunangannya. Tangannya sepantas kilat melepaskan Quran itu. Mushaf itu terdampar di hujung kakinya. Astaghfirullah. ...apa aku dah buat ni? Dia mengutip kembali mushaf itu. Saat itu dia terpandangkan jam tangan di tangannya, jam itu pun merupakan hadiah dari Akh Abdullah Mas’ud sebagai menghargai kesudian Wafa’ menerima lamarannya. 

Wafa’ meletakkan kepalanya di atas bantal. Ujian ini terlalu kecil, bisiknya perlahan. Pasrahlah kepada Allah, Allah lah yang mencampakkan dirimu ke dalam kemelut ini. Dia terkenangkan pengajiannya di Manchester. Mampukah aku? Baitul Muslim menjadi medan baru untuk mengaplikasikan bekalan yang telah dikutip pada zaman solonya. Dia melihat kelemahan diri yang terlalu banyak....bersediakah Akh Abdullah Mas’ud menerima kecacatan diri ini? Wafa’ juga manusia biasa....Walaupun semua orang yang bersama dengannya seringkali memuji peribadinya yang unggul. Namun, insan tetap insan!! Manusia memandangku hebat kerana tidak memandang diriku dari dalam, getus Wafa’ sayu. Dia juga punya nafsu, pendirian dan ideanya sendiri yang adakalanya pantang dicabar. Wafa’ akui dia agak ego, keras kepala, mudah tersentuh, manja dan mudah jemu. 
 
“ Pandanglah semua ni dengan keimanan dan kethiqahan kepada Allah sebagai Rabb dan Ilah Wafa’,”

Wafa’ tetap mendiamkan diri. Dia membelakangi pemuda yang sedang menasihatinya. Kali ini, Mus’ab pula mengambil giliran memujuk sang adik yang semakin hari semakin menyepi tanpa sebarang jawapan. Dia juga khuatir adik perempuannya bersendirian mengharungi kancah perjuangan di Manchester. Saban hari semakin mengganas sikap musuh-musuh Islam. Mus’ab tahu masih terlalu banyak perkara yang Wafa’ sembunyikan dari pengetahuan mereka sekeluarga; tentang dia diugut, dicerca, dipermainkan, dianiaya, hatta digoda sekalipun, Wafa’ seorang yang perahsia. Adakalanya amat sukar mentafsirkan gelombang apakah yang melanda sanubari adiknya itu.
 
“ Apa yang ada dengan segulung ijazah first class yang Wafa’ hajat sangat tu? Dulu...Wafa’ selalu beri nasihat pada Zulfah yang kita memburu redha dan rahmat Allah setiap masa. Apakah dengan meletakkan diri dalam fitnah membantu Wafa’ mendapatkan semua itu? Wanita itu fitnah, wajiblah bagi setiap Muslimah memelihara maruahnya, harga diriya, dan imannya dari anasir-anasir yang akan mendekatkan dirinya kepada neraka Allah.”
Wafa’ diam seribu bahasa. Dia tunduk kelesuan. Lidahnya beristighfar dan menyeru nama Allah berkali-kali.
Ya Ilahi.....aku lemah tanpaMu....

“ Wafa’ belum mencintai Allah. Wafa’ belum lagi memahami rukun bai’ah. Wafa belum mempunyai hati yang cergas dalam zikrullah. Wafa’ tak menjiwai dakwah lagi, hanya berada di pinggiran dakwah kerana Wafa’ terlalu lemah. Tunggulah hingga Wafa’ dah ada semua ni. InsyaAllah, Wafa’ hanya akan walimah setelah Allah Wafa’ cintai. Wafa’ tiada kekuatan untuk menerima sahabat ni benar-benar kerana Allah. Wafa’ takut Wafa’ banyak merungut apabila berdepan dengan kelemahan dan kecacatan dia. Hilanglah pahala Wafa’ sebagai zaujah yang meredhai zaujnya,” 

Wafa’ memberi kata putus akhirnya. Umi memegang erat tangan Wafa’. Cincin tunang yang disarungkan oleh bakal ibu mertuanya telah lama dia tanggalkan dari jari hantunya. Dia berangkat ke United Kingdom tanpa cincin itu. Kalaulah akh Abdullah Mas’ud tahu, pasti tersinggung si Mas’ud dengan tindakan puterinya. Namun sang Umi faham....berkali- kali dipujuk hatiya supaya tidak menganggu Wafa’ dengan urusan sebegini. Wafa’ sememangnya benar-benar tidak bersedia. Sedang puterinya enak mengharungi usia gadisnya, tiga empat orang sahabat abangnya masuk melamar. Wafa’ tekad, dia tidak akan mengizinkan mana-mana manusia di dunia ini singgah di hatinya sebelum dia belum benar-benar bulat terhadap Allah. Hanya itu alasan dia menolak mereka. Pada Wafa’, kalaupun dia dianugerahi zauj yang soleh, namun itu bukan dari bahagian sahamnya di akhirat. Masing-masing akan membawa amal mereka sendiri. Wafa’ mengharapkan syurga, Wafa’lah yang perlu mengharungi perit badai untuk menjadi hamba Allah yang Rabbani. 

“ Sendiri nak masuk syurga, sendirilah punya perjuangan. Kenapa nak libatkan orang lain untuk memilih jalan ini? Sekiranya Uthman memilih untuk bersama dengan kemuliaan Islam, sesungguhnya Allah ada manhaj yang jelas untuk lelaki menjauhkan diri dari fitnah wanita. Takkan wanita-wanita selemah itu menggoyah hati pemuda yang mengejar syurga Allah?”

Zapp.....!!
Itu jawapan dari mulut Wafa’ apabila Uthman sahabat abangnya masuk melamar beberapa tahun lalu. Wafa’ tidak menerima alasan Uthman; untuk memelihara diri dari tarikan wanita tholehah di luar sana, dia ingin memiliki Wafa’ sebagai penguat dan pendorongnya untuk menolak mereka. Mus’ab hanya mampu meneguk air liur mendengar jawapan adiknya. Keras kepala, jual mahal, tidak memahami orang lain...itulah label yang sesuai buat adiknya, Mus’ab menggetus sendiri. 
 
* * * * *

“ Ya Ilaahi, Ya Zal Jalaaliwalikraam. ....
Engkaulah yang memiliki kehidupanku,
Engkaulah yang mengisi hidupku dengan apa yang Engkau sukai.
Aku milikMu, jiwaku dalam genggamanMu, hembus nafasku dalam perkenan kehendakMu. Engkaulah Rabb dan Ilahku....
Ya Ilaahi....
janganlah pemuda yang hadir dalam hidupku ini melarikan kerinduanku, kecintaan serta pergantunganku pada Mu.
Engkau tetap tujuan dan maltamat hidupku.
Ya Hayyu ya Qayyum,
Peliharalah hatiku dari mengisi ruang cinta di hatiku selain ianya untukMu, untuk DeenMu dan demi redhaMu.
Ya Ilaahi.....
ampunilah Abdullah Mas’ud, sibukkanlah dia dengan urusan dakwah dan jihad di jalanMu.
Ya Ialahi..
terimalah zaujku....aku memberinya untuk kebangkitan DeenMu yang dihina oleh saudara-saudaraku, maka ampunilah mereka yang jahil ya Allah...
aku redha dia tidak menemani masa lapangku, kerja-kerja harianku, tidurku juga kerehatanku. Aku redha dia menjadi rijaal DeenMu sehingga dia umpama bukan milikku, tetapi milik dakwahMu. Ambillah dia ya Allah, gunakanlah dia di jalanMu, didiklah dia, tunjukilah dia jalan menuju syurgaMu, buanglah kecintaannya terhadapku seandainya itu yang menghalang dakwah kepadaMu. Ya Rahman, Ya Rahiim....kuatkanla h kami di saat kami diuji dan ditekan Ya Allah. Kami lemah tanpa kekuatanMu, Engkaulah sumber kemenangan dan keteguhan hati kami...” 
Basah telekung putih Wafa’ dihujani air mata munajatnya. Dia menerima segalanya dengan hati yang terbuka. Ya Ilaahi...sekiranya ini yang Engkau mahu, inilah yang aku terima sepenuhnya dariMu, Wafa’ berbisik sendiri. Majlis akad nikah telah selesai malam tadi. Saudara-maranya sibuk membuat persiapan kenduri kesyukuran unuk esok hari. Malam ini adalah malam dia bersama Allah lagi, seperti malam-malam sebelumnya. Dia memberitahu Rabbnya apa yang terjadi. Bukan dia tidak menyedari Allah menyakiskan segala yang berlaku, namun ruh ubudiyyah yang menyelubungi atmanya membuatkan dia tidak tenang tanpa menceritakan semuanya kepada Allah. Dia amat tenang setiap kali selepas lidahnya melafazkan.. .Ya Allah,aku redha Engkau penyusun hidupku. Susunlah ia sesuka hatimu kerana aku hambaMu.
 
Abdullah Mas’ud memandang isterinya dari jauh. Wafa’ sedang mesra berbual-bual dengan tetamu uminya. PadaMu kami memuji dan memuja ya Allah, bisik Abdullah Mas’ud. Semoga dia menguatkan hatiku yang lemah, merangsang jiwaku yang banyak berehat, dan menghampirkan aku dengan redha Mu ya Allah. Pemuda itu berdo’a lagi. 
 
“ Akhi, ana ingin menyampaikan keresahan di hati ana, sudikah anta mendengarnya?” Wafa’ berbicara lembut selepas mereka selesai solah tahajjud berjamaah pada malam itu. 
“ Apakah lagi yang merisaukan dirimu ya zaujati? Kita telah melaksanakan sunnah Rasulullah yang disukainya,”
“ Ya, anta benar, kita telah pun menjadi suami isteri yang sah di sisi Allah. Namun, apakah iman dan takut kita kepada Allah akan sah di sisiNya bermula saat ini hinggalah kita mati dan berjumpa denganNya nanti?”
Abdullah Mas’ud terdiam. Tiba-tiba air matanya tumpah. Ya Allah...benarkah iman kami?
 
Wallahua’lam.
 
 
- Ya Allah...jangan biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri..walau dalam kadar sekelip mata atau dalam kadar yang lebih pendek dari itu..Amin Ya Rabbal Alamin....-