Jomlah eishya

“Eishya, jom join usrah . Jomlah sama-sama berda’wah . Eishya , ummah kite makin punoh. Islam kembali ghurbah thaniyyah, asing buat kali kedua. Eishya, jomlah kita bangkit mengubah segalanya. Jom join program. Kite bina kembali semangat-semangat yang pudar. Kita bangkitkan kembali roh-roh Islam dalam diri, menjadi ar-rijal wa an-nisa’ yang akan menghilangkan Ghurbah Ath-Thaniyah. ”  

”Tak nak lah. Eishya nak study ni. Result Eishya teruk sangat. Eishya nak rehat. Eishya dah banyak bergerak sebelum ni. Sebab banyak program lah, Eishya takde mase nak study. Tak sempat buat assignment. Semua sebab bergerak. Dakwah ! Tarbiyyah! Program! Menyesal je ikut. Bosan betul. Kan Islam tu syumul? Takkan nak program je sepanjang mase. Eishya dah bekerja dah lama. Bagi Eishya rehat. Korang kan kate, nak berjaya, kne la study. So, sekarang Eishya nak fokus study dulu,ok? Esok lusa, dapat result gempak, pointer comei-comei, Eishya teruskan kembali kerja dakwah tu. Biar Eishya stabil dulu lah, ok? Eishya takut banyak buat keje-keje ni, nanti result makin down. Kan nanti fitnah pada jemaah, pada Islam? ”

 ”Eishya, kita pernah bergerak bersama,kan? Eishya, dakwah dan pelajaran bukan bukan macam jongkang jongking. Bukan.”

 ”Jongkang-jongking? Apa Aqmar cakap ni? Eishya tak faham. Eishya bosan.”

 ”Benar, Eishya.. dakwah dan pelajaran, bukan persis jongkang-jongking. Atas dan bawah. Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah. Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah. Itu bukan dakwah. Itu bukan belajar namanya.”
 ” Dah tu? Aqmar nak kata selama ni Eishya tak belajar lah? Aqmar nak kate, Eishya tak study ? ”

 ” Astagfirullah.. Eishya, Aqmar tak maksudkan begitu. Eishya pernah dengar,kan? Jemaah nombor 1, study bukan nombor 2; study no 1, jemaah bukan nombor 2? Macam tu juga dakwah dan pelajaran . Kena berkadar terus. Tak boleh berkadar songsang.”

 ”Maksud Aqmar? ”

”Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya. ”

“Eishya tak faham..”


”Gini, boleh Aqmar terangkan? Ok, bila dah berdakwah tu, patutnya, rasa senang je nak study. Bila belajar tentang paramecium sippilin, hebatnya Allah yang menciptakan.Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri, lantaran terfikir dari mana datangnya idea yang membentuk rumus-rumus. Dari Allah ! Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta. Kenapa? Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah. Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah. Rasa senang hati nak terima ilmu. Kalau orang lain study 1 jam, dia hanya perlukan masa study 10 minit sahaja. Sebab apa? Keberkatan.Sebab ada keberkatan masa dalam study-nya itu. ”

”Eishya tak pernah punrasa semua itu. Study, makin lama makin susah nak catch-up. So, ape awak nak kata, Aqmar? Awak nak cakap selama ni Eishya just join program? Ikut program-program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas? Sekadar ikut arahan, nak nampakkan Eishya ni orang yang kuat hanya di mata manusia?”

 ”Astaghfirullah.. Eishya, bukan maksud Aqmar gitu.. Cuma, Aqmar dan Eishya dan semua sahabat kene check semula. Hati. Check semula hati-hati kita. Masa kita bergerak dan berprogram, ada kita main tarik tali dengan Allah? ”

”Apa maksud Aqmar? Tarik tali dengan Allah? Eishya tak faham..”


”Ok, contohnya, masa buat kerja dakwah tu,ada terlintas tak di hati , ’banyak lagi tak study. Assignment banyak lagi tak siap. Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah. Ada ragu-ragu dalam hati. Macamnye tak yakin dengan janji Allah. Kan Allah dah janji dalam Surah Muhammad, ayat 7; Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya. Kita berjual beli dengan Allah, tapi tak bayar lagi. Kita berdoa, tapi tak bersungguh dalam berdoa. Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah. Kita buat usrah, tapi just sekadar cukup syarat. Kurangnya keyakinan pada janji-jani Allah. Kurang bergantung harap dengan Allah.”

” Eishya dah faham. Eishya kena banyakkan lagi muhasabah dan ambil tindakan. Dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk. Ini pun peringatan dari Allah,kan?
Dah tahu hukum berdakwah, tapi tak laksanakan. Kalau laksanakan pun, sambil lewa. ”

”Eishya, habibi fillah.. Bayangkan, seorang ibu pernah berkata : ’Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam’.

Eishya, itulah yang ingin kita bentuk dalam diri kita. Aqmar nak gitu. Setiap perbuatan Aqmar dan kite semua jadi manifestasi dakwah itu sendiri. Pelajaran, hubungan dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah. Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya . 

Eishya, Aqmar nak berkongsi dua kisah,

Pertama, mengenai kisah As-syaheed Imam Hasan Al-Banna
Dan kedua kisah sahabatku di Indonesia. Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama. Menjadi motivasi buat kita untuk terus berada dalam medan dan jalan ini.

Eishya, pastinya Eishya lebih arif mengenai Assyahid Imam Hassan Al-Banna . Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga kekawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusiamengenalinya . Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah . 

Eishya sayang, Aqmar juga akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu sudah menjadi Sunnatullah. 

Tapi Eishya, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. Usaha untuk bergerak dalam Islam, melebarkan dakwah tak boleh ditunggu hingga kita mendapat dulu apa yang diri kita nakkan. Mahukah kita, dalam kesibukan kita mengejar impian kejayaan kita, kita tangguhkan sementara kerja dakwah..dan dalam masa yang sama, musuh-musuh Islam merobek Islam. Mahukah kita, di ambang Islam naik semula, dimartabatkan semula dibumi ini, tangan-tangan kita lah yang meruntuhkannya semula, hanya semata-mata untuk kepentingan diri kita sendiri, mengabaikan tuntutan ummah? Pasti Eishya, Aqmar, dan semua umat Islam tak nak. Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya. Pengorbanan bukanlah bererti kita tinggalkan terus pelajaran kita. Keypointnya, BERUSAHA!! Jangan cari alasan. BERUSAHA!!

Eishya, Aqmar kongsikan lagi pembacaan Aqmar dalam buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna:

Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin. Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya. Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik.
Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah. Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat. Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah. Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. 
Dia pernah bertanya kepadaAllah 
Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya. Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah. Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya.

Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yanglain. Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab, 
"Aku tak suka membanding-bandingkan apa yang Allah berikan kepada hamba- hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allahdalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku takpunya harta sedikit pun".

Aqmar teringat email yang pernah diterima dari seorang kawan.Tulisannya benar-benar terkesan di hati. Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus semenjak kecil. Kisah ini kisah benar. Saya namakan wanita ini A. A memerlukantongkat untuk berjalan. A tidak berapa cantik, tidak slim dan tidak tinggi. Satu sahaja keinginan A. A ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan SUBHANALLAH.
Keinginan A tercapai. Bila A belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan SUBHANALLAH. Bila A berjaya masuk ke universiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan SUBHANALLAH. Bila A menyudahkan pelajarannya, sekali lagi manusia mengucapkan SUBHANALLAH. Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan SUBHANALLAH apabila A mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman.
Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu A berikan kepada suaminya. Takdir Allah menentukan yang sebaiknya. Allah mengurniakan A dan suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna. Sekali lagi orang ramai mengucapkan SUBHANALLAH. Dengan kecacatanya, A masih mampu membuat manusia mengingati Allah. SUBHANALLAH.
Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama. 

Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum..? Dia sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawa panji bendera Islam. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh. Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. SUBHANALLAH.

Saudaraku , pasti kalian ingat lagi As-syahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan ’izzah. Musuh menggeruninya.

Saudaraku, kita sempurna fizikal. Tiada kecacatan mental. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam. Ayuh berada dalam saff perjuangan.

Bukankah ALLAH menyintai hambaNya yang berada dalam satu saff? Tidak inginkah kita menjadi hamba yang dicintai ALLAH?

Ya Rabbi, Ampuni aku yang selama ini tidak menyedari kejahilan diri. Ampuni aku yang selama ini leka dan asyik dengan gerakan, tetapi angkuh padaMU dan tidak mengenaliMU. Ampuni aku yang hanya mementingkan diri, tidak kepada maslahah agamaMU. Rabbi, aku mengerti, sekiranya aku tiada, Islam tidak akan terjejas sedikit pun. Namun ya Tuhan, jangan, jangan keluarkan dan gelincirkan aku dari jalan ini. Sungguh, aku bertaubat padaMU. 
Demi Tuhan Yang Maha Sempurna, terima kasih kerna memungut aku di tepi lembah jahiliyyah, dan memasukkan aku ke dalam gerakan ini. Jalan ini aku melangkah. Takkan sesekali aku undur. Biar luka berdarah, semangatku takkan luntur. Terima kasih kerana menyayangi aku dengan teguran-teguran ini. Jangan KAU biarkan aku hanyut sendiri..”



sumber: yahoogroup

beri maaflah

Berbagai perasaan anugerah dari Allah amat berguna kepada manusia sendiri, bukan sekadar perasaan sayang dan simpati sahaja, malah perasaan marah juga berfaedah seandainya dipergunakan dalam situasi yang sesuai kerana tanpa perasaan marah mungkin manusia akan menjadi dayus. 

Namun begitu perasaan marah yang tidak terkawal banyak mendatangkan bencana, menyebabkan permusuhan sesama insan. Untuk itu Islam menganjurkan sifat terpuji bagi mengatasi perasaan marah iaitu sifat PEMAAF. Di sisi Islam sifat pemaaf itu mempunyai nilai yang tinggi, oleh itu Islam menganjurkan persaudaraan sebagaimana yang dijelaskan oleh Al-Quran dalam surah Al-Hujrat ayat 10

"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, oleh itu damaikan lah antara dua saudara mu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat"

Walau bagaimanapun ia tidak mudah untuk dilaksanakan, realiti kehidupan menunjukan permusuhan dan perseteruan terus melanda kehidupan manusia.

Suatu hari Anas bin Malik r.a serta ramai sahabat yang lain duduk disisi; Rasulullah, tiba-tiba mereka melihat Rasulullah tersenyum. Anas merasa hairan, melihat Rasulullah s.aw tersenyum gembira sehingga kelihatan gigi, lalu Anas bertanya? Apakah yang menyebabkan Rasulullah tersenyum gembira?"

Berkata Rasulullah "Yang menyebabkan aku tersenyum ialah kerana ada dua orang dikalangan umatku di akhirat, keduanya datang merangkak di hadapan Allah kerana meminta diselesaikan kes yang melibatkan antara keduanya.

Seorang darinya merayu kepada Allah: Wahai tuhan, berilah balasan terhadap orang ini, sesungguhnya dia amat zalim dan telah menzalimi aku semasa di dunia dahulu.

Lalu Allah memerintahkan orang yang zalim itu membayar ganti rugi sebagai jalan penyelesaian bagi kes mereka berdua, tetapi orang yang zalim itu tidak dapat berbuat demikian kerana tiada satu pun yang boleh dijadikan bayaran. 

Lalu ia berkata: "Dengan apakah aku hendak membayarnya kerana tiada satu pun kebajikan yang tinggal padaku, kesemuanya telah dituntut oleh orang lain. Ketika itu orang yang dizalimi itu minta agar orang yang menzalimi nya itu mengambil kejahatan dan dosa yang ada pada dirinya.

Lantas ketika itu, Rasullullah menitis air mata, Rasullullah menangis mengingati peristiwa mahkamah Allah yang sedang mendengar kes pengaduan kedua ummatnya yang sangat menyayat hati.

Lalu Rasullullah bersabda "Sesungguhnya itulah hari yang amat dahsyat sehingga sampai ke suatu peringkat manusia mencari orang lain untuk memikul akan segala dosanya."

Ketika orang yang dizalimi yang meminta agar orang yang menzaliminya itu memikul dosanya di mahkamah Allah, maka ketika itu Allah s.w.t memperlihatkan sebuah mahligai tersergam didalam syurga

"Tidakkah kamu melihat itu" ujar Allah kepada hambanya yang menuntut keadilan.

"Ya, saya nampak sebuah mahligai didalam sebuah taman dari perak" jawab hamba Allah itu. Kemudian ia bertanya "untuk siapakah mahligai itu?. Maka Allah menyatakan bahawa mahligai itu adalah untuk sesiapa sahaja yang mampu membayar harganya, dan harganya adalah sekiranya manusia sanggup memberi kemaafan kepada orang lain dan tidak menuntut agar dia memikul dosa mu.

Dengan melompat kegembiraan orang itu berkata,"Wahai tuhan aku sanggup untuk memaafkan terhadap saudaraku keatas apa jua kezaliman yang dilakukan terhadapkku".


Lantas Allah memerintahkan malaikat agar membawa orang itu dan mengizinkan bersama saudaranya itu ke dalam mahligai perak yang terbina dalam syurga itu.

Justeru alangkah baiknya jika manusia memahami betapa perlunya seseorang itu mempunyai sifat toleransi dan pemaaf terhadap sesama manusia kerana sifat itu akan mendatangkan kebaikan kepadanya dan kepada orang yang diberi kemaafaan.

Umar berpesan

Saya berpesan kepada diri saya dan sahabat-sahabat sekelian, marilah sama-sama kita mempertahankan kemenangan ini dengan menjaga hubungan kita dengan Allah SWT. Jangan kita sesekali alpa dan leka dengan kemenangan atau kejayaan Islam. Setiap perjuangan pasti diuji dan dicuba. Sabarlah dengan ujian yang sementara ini, apabila setiap orang yang meletakkan perjuangan Islam sebagai asasnya… pasti Allah akan memelihara dan menjaga kehidupannya dengan syarat kita yakin bahawa Allah sebagai matlamat kita… Segala-galanya biarlah kerana Allah SWT..

Pertolongan Allah semakin hampir, yakinlah…

Sesungguhnya 2 perkara yang perlu diambil ihtimam oleh setiap jiwa para pejuang agar kemenangan ini dapat dipertahankan iaitu: -

1. Takutkan Allah dengan sebenar-benar taqwa, jauhi maksiat dan hindarilah gelumang dosa

Khalifah Umar al-Khattab, beliau berpesan kepada tenteranya yang dihantar berperang:

”Aku berpesan kepada kamu dan mereka yang bersama kamu supaya bertakwa kepada Allah dalam semua keadaan. Sesungguhnya takwa kepada Allah adalah sebaik-baik bekalan menghadapi musuh, ia juga sekuat-kuat helah dalam perang. Aku berpesan kepada kamu dan tentera semua supaya kamu mengawal diri dan maksiat lebih daripada musuh kamu. Sesungguhnya dosa tentera-tentera (kita sendiri) itu lebih menakutkan dan musuh-musuh. Kemenangan kaum muslimin hanyalah dengan maksiat musuh-musuh Allah. Kalau tanpa demikian, kita tidak lagi ada kekuatan terhadap musuh, kerana bilangan kita tidak sepadan dengan mereka. Kalaupun kita sama dengan maksiat nescaya mereka itu akan lebih dan kita dalam kekuatan. Ketahuilah kamu bahawa dalam perjalanan kamu itu ada kawalan Allah. Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. Malulah kamu kepada mereka dan jangan kamu lakukan maksiat kepada Allah sedangkan kamu berada pada jalan Allah”.


2. Jauhi sifat cintakan dunia yang berlebih-lebihan.

Umar al-Khattab pernah berkata kepada tenteranya:

”Aku hairan di atas kelambatan kamu menakluk negeri Mesir setelah kamu berperang sejak dua tahun. Itu tidak lain kerana kamu menyintai dunia yang juga menjadi kesukaan musuh-musuh kamu. Allah Ta’ala tidak menolong sesuatu kaum itu kecuali atas niat mereka yang betul”


TARBIYYAH!

Tarbiyyah kita sepatutnya bukan sekadar melahirkan mahasiswa/i yang soleh (maksud: baik) semata-mata, malah melahirkan muharriq (aktivis) yang mempunyai fikrah dan cita-cita memperjuangkan Islam. 

Ini kerana, yang bersama kita dalam wasilah ini (maksud: vehicle); semuanya baik-baik belaka sama ada dari segi fikrah, akhlak dan amal.

Untuk melihat secara objektif Tasawur (gambaran) tarbiyyah kita, tidak-dapat tidak kita seharusnya kembali melihat matlamat tarbiyyah kita sendiri secara umumi dan khususi sebagaimana yang disarankan oleh Allah s.w.t dalam al-Quran dan prilaku Rasulullah s.a.w (maksud: hadith).

Tujuan umumi tarbiyyah kita adalah merujuk pada tujuan manusia itu sendiri diutuskan. Pertama, untuk mengabdikan diri kepada Allah (51:56). Kedua, untuk menjadi KhalifahtuLlah di atas muka bumi (2:30).

Ke Mana Tarbiyyah Kita?

Tujuan umum Tarbiyyah Islamiyyah sekurang-kurangnya terdiri oleh empat (4) matlamat khusus sebagaimana di bawah:-

1. Membina Insan Salih (39:23, 8:2, 17:108, 49:15). 

Lihat kesan Tarbiyyah Islamiyyah dalam diri Saidina Umar al-Khattab umpamanya, “…maka apabila aku mendengar ayat al-Quran, gementar hatiku,mengalir air mataku dan aku pun memeluk Islam…” [‘Abdul Rahman an-Nahlawi, Usul at-Tarbiyyah al-Islamiyyah, h.98]

2. Membebaskan jiwa manusia dari sebarang perhambaan kecuali kepada Allah s.w.t (16:36). 

Pembebasan jiwa ini termasuk (i)pembebasan jiwa manusia dari perhambaan sesama manusia (18:102, 7:194); (ii)pembebasan jiwa manusia dari runtunan hawa nafsu (28:50, 45:23); (iii)pembebasan jiwa manusia dari ikatan hidup serta seruan jahiliyyah (39:64); dll. 

3. Membina Aqal (maksud: fikrah) sesuai dengan fungsinya yang sebenar. 

Pembinaan aqal (fikrah) ini termasuk (i)dalam menentukan seluruh tindakan manusiawi (17:36); (ii)merenung ayat-ayat manzurah (maksud: fenomena alam) bagi membuktikan keagungan dan kekuasaan Allah (30:20-25), (iii)menjadikan ayat-ayat maqru’ah (maksud: nas-nas yang boleh dibaca) sebagai asas dan hujah dalam pembinaan aqal (maksud: fikrah) (2:242, 12:2); (iv)aqal (maksud: fikrah) yang diisi dengan ilmu rabbaniyyah (maksud: keTuhanan) (58:11, 3:18); (v) aqal yang berfikir dalam batasan yang dikehendaki Allah s.w.t (17:85); dll.

4. Mendidik tatacara hidup 

Seperti (i)mendidik manusia untuk tunduk, wala’ dan taat kepada Allah serta bertaqwa kepada-Nya (29:16); (ii)memerintahkan manusia untuk hidup secara amal Islami (98:5); (iii)Mengajak manusia (dakwah Islamiyyah) kepada wa’yul Islami (maksud: kesedaran Islam) (11:123, 3:104); dll.

Apakah ruang lingkup Tarbiyyah kita?

Perlu diingat bahawa tarbiyyah kita bukanlah hanya solat berjamaah, membaca al-ma’thurat pagi-petang, qiyammullail, tadarus al-Quran dll sahaja. Namun, bentuk-bentuk ibadah di atas adalah sebahagian amal Islami yang sepatutnya lazim dalam kehidupan aktivis-aktivis kita.

Sebenarnya ruang lingkup Tarbiyyah Islamiyyah ini lebih mudah dimahami apabila kita memahami elemen-elemen tarbiyyah itu sendiri. Elemen tarbiyyah terdiri oleh 3 juzuk utama :

(i)TauhiduLlah (mengEsakan Allah) – sehingga wujud tajamud (maksud: mengasingkan diri) dari gejala mempersekutukan Allah serta ideologi-ideologi yang bertentangan Islam; 

(ii)Nubuwwah (berlandaskan hidup dan perjuangan Rasulullah s.a.w) – sehingga menyelamatkan manusia dari runtunan hawa nafsu dan akal yang terbatas apabila manhaj Nubuwwah dijadikan landasan hidup dan perjuangan Islam; dan

(iii)al-Hasyr wa al-Jaza’ (hari manusia dikumpulkan dan diberi pembalasan) – sehingga menjadikan manusia meletakkan matlamat akhir Tarbiyyah Islamiyyah adalah mendidik manusia kepada Allah, Rasul dan Islam; bukan untuk kepentingan individu, pihak tertentu, persatuan, parti dll yang bersifat duniawi dan sementara.
 
Sesungguhnya ruang lingkup Tarbiyyah Islamiyyah :-

1. Tarbiyyah Aqliyyah (pembentukan fikrah pemikiran)

Setiap aktivis GMI dituntut tafaqquh fiDdin (9:122) secara vertikal (meluas) dan horizontal (mendalam) seperti/melalui:-

(i)melatih akal supaya berfikir dan merancang ‘amal Islami untuk kepentingan Islam.

(ii)menghindari diri daripada budaya taqlid (mengikut secara membabi buta).

(iii)melatih diri mendengar dan meraikan pendapat teman-teman atas wa’yul Islami dan berusaha berijtihad/mempertimbang dengan mengambilkira pandangan-pandangan tersebut.

(iv)mendidik akal mengkaji nas-nas aqidah dan syara’ (melaui al-Quran dan al-hadith) serta melatih diri mengaplikasi nas-nas tersebut sesuai dengan keperluan tempat dan kesesuaian semasa.

(v)melatih diri mengembangkan kefahaman secara literal asalkan dalam kerangka aqidah-syara’.

(vi)mendalami ilmu fardhu ain dan meluaskan ilmu fardhu kifayah.

(vii)memahami fiqh al-Islami yang pelbagai seperti al-Awlawiyyat (keutamaan), al-ikhtilaf (perbezaan), al-Muwazanat (timbang-tara), siyasah (kekuasaan politik), dll. 

2. Tarbiyyah Khuluqiyyah/Ruhiyyah (pengluhuluran sifat dan tingkah laku)

Yang dimaksudkan khuluqiyah adalah membina sifat wajib bagi Rasulullah dalam diri setiap aktivis GMI – (i)as-siddiq (membenarkan Islam sebagai kehidupan dan jalan perjuangan); (ii)al-Amanah (bertanggungjawab dalam melunaskan hak-hak Allah); (iii)at-Tabligh (menyampaikan risalah Islami sehingga Islam menjadi ad-Din al-Hayah); dan (iv)al-fathonah (bijaksana dalam merencana amal Islami secara manhajiyyah (sistematik), munazzhomah (tertib tersusun), tadarruj (beransur-ansur), dll)

3. Tarbiyah an Tazkiyyah Nafsiyyah (pembinaan jiwa melalui pembersihan dari hawa nafsu)

Iaitu melalui Solat tahajjud (73:2, 73:20, 32:16), tadabur al-Quran (45:20, 8:2), tafakkur (10:101, 88:17), musohabatun Nabiyy fi sirahtihi (33:21, 3:31-32), berdoa (33:41-42, 13:28), jihad fi sabiliLlah (2:216, 8:60, 9:38-39), dll. 

4. Tarbiyyah Ijtima’e (penerapan sosialisasi Islam dalam masyarakat) (5:2)

Yang dimaksudkan dengan tarbiyyah Ijtima’e adalah amal al-Islami – (i)mengajak manusia kepada Islam; (ii)amar ma’ruf nahi mungkar; (iii)tidak mengabaikan tuntutan-tuntutan fardhu ‘ain; (iv)bersifat waqi’iyyah. Tarbiyyah ini disebut juga dengan tarbiyyah jasmaniyyah atau jasadiyyah.

Apakah tanda aras Tarbiyyah Islamiyyah kita?

Memetik syarahan al-fadhil Ustaz Sa’id Hawwa: sebagaimana di bawah

…secara umumnya: kelemahan orang Islam adalah kerana berlakunya kecacatan dalam salah satu dari tiga bidang (dawair) berikut ini..
(1)ilmu dan kepercayaan…
(2)kekurangan dalam ciri-ciri (penulis:sifat)…
(3) iltizam…Adalah menjadi kebiasaan yang ketiga-tiga bidang ini mesti dilakukan secara tadarruj (berperingkat)…Mesti memindahkan seseorang anggota dari peringkat terendah kepada tingkat yang lebih tinggi dan seterusnya…” [Rujuk Sa’id Hawwa (1999), Pendidikan Harakah Islamiyyah – Syarah Risalah al-Ta’alim, Md. Akhir Hj Yaacob, Selangor: Dewan Pustaka Fajarh, 123]

Sekiranya jundiyyah hanya memiliki ilmu (kefahaman) semata-mata, maka lahirlah golongan yang hanya pandai berkata-kata namun miskin sifat (akhlak Islamiyyah) dan luntur iltizam (amal jama’e dan amal ijtima’e).

Kita boleh melihat berapa ramai golongan agamawan atau ahli akademia atau pemidato dalam kalangan kita yang sangat bijaksana dan faham tentang kepentingan jalan ini, namun lebih mengambil sikap berpeluk tubuh, asyik mengkritik, menjadi pemerhati, bacul menyuarakan hak serta tidak disiplin dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kepada mereka.

Sepatutnya kita mengambil pengajaran oleh segelintir para Sahabat r.a.hum yang telah pun menerima tarbiyyah oleh Rasulullah s.a.w, namun kefahaman mereka ini tidak membina sifat muharrik (aktivis) dalam diri mereka; serta tidak menyemarakkan iltizam – indhibat (disiplin) dan intima’ (komited) untuk bersama-sama Rasulullah s.a.w memperjuangkan Islam ketika senang atau susah; ketika ringan atau berat; suka atau duka; dll.

Lihat sikap Ka’ab bin Malik r.a.hu ketika samboyan Perang Tabuk sedang berkumandang di udara. Pada waktu itu, Kaab dalam keadaan yang sihat dari segi sifat serta mempunyai kemampuan (kemudahan) untuk iltizam; namun sibuk mengutib hasil pertanian. 

Perkara yang sama juga berlaku pada dua Sahabat lain – (i)Murrah ibn Rabi’e al-‘Amri r.a dan (ii)Hilal ibn Abi Umayyah al-Waqifiy. Peristiwa tersebut dirakam oleh Allah s.w.t (9:117-118, 9:95-96). [Rujuk Fathi Yakan (2001), al-Mutathaqitun ‘ala Thoriqu ad-Da’wah, kaifa wa limaza, Selangor: Dewan Pustaka Fajar, hh.24-34] 

Lihat sikap Hatib ibn Abi Balta’ah r.a yang walaupun mempunyai kefahaman Islam yang salimah, namun disebabkan oleh kasih kepada anak dan isterinya di Makkah, maka beliau ini cuba membocor rahsia kerajaan Madinah al-Munawwarah kepada pihak musuh Islam.

Umar mahu memancung kepalanya, namun hasrat tersebut telah dihalang oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Rasulullah s.a.w telah memaafkannya bukan kerana kecatatan sifat dan iltizamnya, tetapi disebabkan beliau ini adalah ahl al-Badr. Kemudian, turun firman Allah s.w.t (60:1-4) [Rujuk Fathi Yakan (2001), hh.35-38]

Kelemahan sifat serta kelunturan iltizam ini juga boleh dilihat dalam sirah Masjid Dhirar (9:107), Hadithul Ifik (24:11-12, 24:15, 24:22), sikap Abu Lubabah ketika berunding dengan Bani Qizaimah (8:27). [Rujuk Fathi Yakan (2001), hh.39-64]

Begitu juga sekiranya jundiyyah mengalami kelemaan sifat yang pelbagai. Maka, pembenturan sifat al-quwwah wa al-amanah perlu juga dibentuk dalam tarbiyyah kita secara sepadu. (28:26, 12:54, 81:19-21, 5:44) supaya para jundiyyah yang mempunyai kefahaman yang sejahtera turut dilenturi oleh sifat al-Quwwah wa al-Amanah.

Pada Zaman Rasulullah s.a.w, Abu Dzar al-Ghifari pernah meminta izin daripada Rasulullah untuk menjadi pemimpin, namun Rasulullah s.a.w telah menolak permohonan tersebut disebabkan kelemahan sifat.

Sabda Rasulullah s.a.w. berkata dia memiliki lidah yang senantiasa berkata benar dan dia juga merupakan seorang Sahabat yang sangat amanah. Tapi oleh kerana dia adalah seorang yang lemah serta tidak mempunyai kekuatan yang diperlukan, maka Rasulullah s.a.w tidak memberikan kepadanya kedudukan kepemimpinan. [rujuk Abu ‘Urwah(1988), Risalah Usrah (J.3), KL: Pustaka Salam, h.23]

Sila runungi Firman Allah berhubung kecatatan atau kelemahan sifat dalam kalangan Jundiyyah (64:16, 2:286) dll.

Sekiranya wujud dalam kalangan jundiyyah mereka yang mempunyai kelemahan iltizam atau iltizam ini tidak dialas dengan ilmu serta sifat yang salimah, maka lahirlah golongan yang berpenyakit mentaliti (ma’nawiyyah) dan perlakuan (al-‘amaliyyah).

Antara kelemahan iltizam disebabkan/menyebabkan penyakit mentaliti adalah:

(i)al-infi’aliyyah (emosional) sehingga lahir at-tahawwuru (ekstem); 

(ii)al-wijahiyyah (berpuak) sehingga lahirnya al-istibdadiah (bersendirian/diktator);

(iii)al-I’tizaziah (berasa diri hebat) sehingga lahirlah al-ananiyyah (bongkak/ego);

(iv)al-Intiqatshiah (meremeh-remehkan) sehingga lahir al-tafriqah (berpecah-belah); dll.

Antara kelemahan iltizam disebabkan/menyebabkan penyakit perlakuan/sikap adalah:

(i)al-‘afawiyyah (asyik beralasan maaf) sehingga lahir ‘adamu al-mas’uliyyah (tidak bertanggungjawab);

(ii)al-juz’iyyah (beramal sebahagian-sebahagian) sehingga lahir al-tanaqudhat (pertembungan);

(iii)al-taqlidiyyah (ikut membabi buta) sehingga lahir ‘adamu al-mashiroh (tiada dalil);

(iv)al-tarqi’iyyah (stereotaip) sehingga lahirnya ‘adamu al-intaji (tiada hasil)

Tuntasnya proses tarbiyyah mesti digerakkan secara munazzomah (sistematik) dan istiqamah (konsistan) selari dan pembangunan (takwin) ilmu sifat dan iltizam seharusnya bergerak secara bersama dan sepadu.


Tepuk dada dan tanya tarbiyyah infirodhi (individual) kita. Adakah tarbiyyah kita telah membentuk kefahaman yang salimah sehingga kita yakin segala yang kita lakukan ini adalah amal islami dan risiko yang bakal kita terima ini adalah bonus dalam perjuangan Islam?

Tepuk dada dan tanya iman kita. Adakah tarbiyyah kita selama ini telah membentuk sifat al-Quwwah wa al-Amanah sehingga kita begitu asyik dengan janji-janji Allah dan pesaing-pesaing kita melihat kita dengan penuh ‘izzah dan thiqqah dengan sifat kepemimpinan kita.

Tepuk dada dan tanya diri kita. Adakah kita ini tergolong dalam mereka yang mempunyai iltizam yang munazzhomah dan istiqamah (selain ilmu dan sifat) sehingga kita begitu kuat melunaskan tuntutan dakwah termasuk melalui PRK tidak lama lagi; atau kita golongan hipokrasi, bacul yang hanya bergema takbir dalam tamrin-tamrin, usrah-usrah, ijtima’-ijtima’ padahal kita sebenarnya tidak lebih ‘tin kosong’ yang sedang dilihat sepi oleh ummat dan Rasulullah s.a.w sendiri?

Tarbiyyah Islamiyyah kita (GMI) sepatutnya melahirkan aktivis Islam (muharrik/junduLlah), bukan sekadar menerima kelompok mahasiswa/i Islam yang memang telah baik (soleh/solehah) sahaja. Ini kerana kebaikan mereka ini sudah tentu hanya bermanfaat untuk diri mereka sahaja jika mereka ini tidak ditempa menjadi AKTIVIS; bukan untuk ummat yang berada di sekeliling mereka.

Selamat menempuhi Tasawur Tarbiyyah Islamiyyah.

Sama-sama kita renungkan,


“…Tarbiyyah ini bukan sekadar duduk berusrah dalam bilik pendingin hawa, atau makan nasi bertalam atau mendengar kuliah haraki dari para Ustaz-Ustazah di Universiti semata-mata. Itu semua baru pengajaran atau pengkuliahan. Ia umpama kamu mengaji atau baru dikuliahkan tentang tatacara berenang dalam bilik kuliah, kamu masih belum pandai berenang kecuali mereka mencampak kamu terus dalam sungai atau laut untuk praktikal berenang…”

WaLlahu ‘alam…

Wahaii



Wahai...
Kamu kata kamu bersedia dan berlapang dada,Tetapi bila ditegur kamu memberontak di dalam nya.Kian lama kian menjauh.

Duhai...
Sambil tersenyum, kamu berbicara, kamu menerima takdir dengan redha.Tetapi aturan langkahmu penuh longlai, Di mata mu penuh rasa tidak puas hati, Di hati mu penuh gelodak persoalan kenapa, mengapa, apa salah saya..Meski kamu tahu jawapan nya

Alahai..
Adakala husnudzhan kita tinggi...
Adakala husnudzhan kita penuh bayangan prasangka..
Kamu ber-husnudzhan, tetapi disebalik husnudzhan itu masih ada prasangka buruk.
Tidak mengapa.. kita masih dalam proses belajar erti hidup dan erti persaudaraan..


Kalakian,
Kamu menyepi,Mencari di manakah diri, Sepimu di caci.

Ooohh....
Rupanya...
Kamu masih belum kenal diri..Kamu kah nak bawa panji perjuangan? Kamukah mata rantai perjuangan?

Allah,
Pilihlah aku.

Allah,
Hidupkan hatiku. Aku berusaha menghidup dan basahkan hatiku.Menghadirkan diri ke majlis ilmu,Berusaha menyambung ukhuwah bersama saudara-saudaraku,Mengalirkan air mata karena-Mu,Tetapi tiada kesan...Lantaran Kau lebih ketahui... beri aku hati yang baru...
Hati yang basah dengan ingatanku pada-Mu,
Hati yang lunak menerima tausyiah,
Hati yang lembut menyapa ukhuwwah,
Hati yang dikuasai iman,
mendepani ujian...

petikan : yahoogroup

kawan yang baik

Bukannya senang nak cari kawan yang baik. 
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik. 

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya. 
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya. 
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan. 

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa. 

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya. 
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik. 
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik,
kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya. 

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya. 

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. 
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita. 

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya. 

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya. 

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik.

alahai, ruginye tak join