Hai Musa, Uruskanlah fulan itu

Dahulu kala, di zaman Nabi Musa ada seorang lelaki meninggal dunia. Dia sangat fasik, hingga tak seorang pun penduduk kampung yang sudi menguburkan jenazahnya. Bahkan, jenazahnya diseret kemudian dibuang ke tempat kotoran unta.

Lalu, Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa, 

"Hai Musa, ada seorang lelaki di kampung fulan meninggal. Jenazahnya dibuang di tempat kotoran unta. Dia adalah sebahagian daripada kekasihKu. Orang kampung tidak ada yang bersedia mengurusnya, maka uruslah. Segeralah engkau berangkat ke kampung fulan. Mandikan, kafan, solat jenazahnya, dan kuburkanlah jenazahnya”.


Setelah mendapat wahyu, Nabi Musa segera berangkat. Kepada penduduk kampung, Nabi Musa menanyakan perilaku seharian si mayat semasa hidupnya. Ditanyakan pula, mengapa mereka memperlakukan si mayat sekasar itu.
Jawab mereka ,

‘Dia mati ketika penduduk kampung sedang marah dan membencinya. Dia fasik, melakukan perbuatan maksiat secara terang-terangan’.

Lalu Musa bertanya lagi, ‘Di manakah sekarang jenazah itu dikuburkan? Sebab Allah telah memberikan wahyu kepadaku agar aku mengurusnya. Tunjukkanlah kepadaku di mana jenazah itu kalian buang? Penduduk kampung pun kemudian membawa Nabi Musa ke tempat pembuangan jenazah itu”.


“Nabi Musa menyaksikan sendiri keadaan jenazah yang dibuang di tempat kotoran unta, dan mendengar langsung cerita perilaku sehariannya. Lalu, Nabi Musa bermunajat, bertanya kepada Allah ,

‘Ya Allah , Engkau memerintahkan kepadaku agar memandikan, kafan, solat jenazah dan menguburkan jenazahnya, padahal penduduk kampung menyaksikan bahawa semasa hidupnya dia selalu berbuat maksiat secara terang-terangan. Sungguh, hanya Engkaulah yang lebih mengetahui daripada apa yang mereka katakan”.


“Allah SWT menjawab,

‘Hai Musa, memang benar apa yang mereka katakan. Dia adalah orang yang sangat buruk akhlaknya. Tapi, ketika sakaratul maut dia sempat minta pertolongan kepada Ku dengan tiga perkara. Seandainya semua orang yang berbuat dosa bersedia meminta pertolongan kepadaKu denga tiga perkara sebagaimana yang dilakukan si mayat, nescaya Aku memberikan ampunan atas dosa-dosa yang telah mereka lakukan. Bagaimana aku tidak bersedia mengampuni, sedangkan dia minta ampunan kepadaKu. Bukankah Aku Maha Pengasih lagi Maha Penyayang?’

“Nabi Musa bertanya lagi, 

‘Ya Allah , apakah tiga perkara itu?’.

Allah SWT menjawab,

‘Tiga perkara itu adalah :

pertama, ketika sakarat dia berkata:

‘Ya Allah , sungguh Engkau lebih mengetahui keadaan diriku yang selalu berbuat maksiat. Dalam hati kecilku, sungguh sangat membenci kemaksiatan yang aku lakukan. Tapi, kerana terpengaruh oleh tiga perkara yang selalu menyelubungi dan menggoda hatiku adalah hawa nafsu, teman bergaul yang jahat, dan iblis. Ya Allah , sungguh Engkau Maha Mengetahui segala perilaku yang telah aku lakukan, hingga berkenan kiranya Engkau mencurahkan ampunan kepada hambaMu yang bersimbah dosa ini’.


Kedua, ketika sakarat dia berkata,

’ Ya Allah , sungguh Engkau lebih mengetahui diriku telah banyak melakukan kemaksiatan, lantaran aku tinggal bersama orang fasik. SUngguh nuraniku mengatakan, bahawa aku tidak suka berteman dengan mereka, dan lebih suka berteman dengan orang yang salih. Lebih daripada itu, aku sangat menyukai sifat zuhud orang yang suka beramal salih, serta lebih senang duduk bersama mereka daripada duduk bersama orang fasik’.


Ketiga, ketika sakarat dia berkata,

‘Ya Allah , Engkau lebih mengetahui tentang diriku. Sungguh orang fasik sangat memerlukan pertolonganku, demikian pula orang salih. Tentu, aku selalu mengutamakan kepentingan orang salih”.


“Dalam riwayat Wahab bin Munabih, lelaki tersebut ketika sakarat atau menjelang meninggal berkata,

‘Ya Allah , bila Engkau berkenan mengampuni dosa-dosaku, tentu para kekasihMu dan para nabiMu akan merasa bahagia, sementara syaitan beserta pengikutnya akan merasa sangat sedih. Sebaliknya, apabila Engkau tidak bersedia mengampuni, tentu para kekasihMu dan para nabiMu akan merasa sangat sedih, sementara syaitan beserta pengikutnya akan merasa bangga dan bahagia. Mereka tertawa, kerana berhasil menyeret diriku ke dalam jurang neraka. Sungguh, aku mengetahui bahawa kegembiraan para kekasihMu lebih Engkau sukai daripada kegembiraan syaitan. Ya Allah , aku berharap dengan penuh kesungguhan, agar Engkau berkenan mencurahkan ampunan kepadaku. Ya Allah , Engkau lebih mengetahui segalanya daripada diriku sendiri. Aku berharap, memohon kiranya Engkau mencurahkan belas kasih, dan menjauhkan seksa neraka daripada diriku yang berlumuran dosa’.


“Allah kemudian menyampaikan pernyataan kepada nabi Musa,

‘Hai Musa, lantaran rintihan hambaKu yang berlumur dosa, kemudian Aku mencurahkan belas kasih, mengampuni serta melepaskan dia daripada seksa neraka. Sungguh Aku adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, lebih khusus lagi kepada orang yang sedar dan mahu mengakui perbuatan dosa yang terlanjur dilakukan.

Hai Musa, kerjakanlah semua yang telah Ku perintahkan. Betapa mulia orang yang sedar kemudian bertaubat daripada dosa, hingga kemudian Aku mengampuni dosa-dosa yang dilakukan selama di dunia. Demikian pula Aku mengampuni dosa-dosa orang yang bersedia mendirikan solat jenazah dan menguburkan jenazahnya’.

sebagai apakah ujian itu?

1) UJIAN SEBAGAI PRASYARAT KEIMANAN


"Alif Lam Miiim.Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan(saja)mengatakan: Kami telah beriman," sedang mereka belum diuji?
{al-ankabut:1-2}


Al-imam Asy syaukani mentafsirkan ayat ini menyebutkan: "setiap manusia pasti akan diuji sehingga terang nyata perbezaan diantara orang2 yang ikhlas dengan orang2 yang munafiq,antara orang2 yang benar dan berdusta.."(fathul Qadeer)

Orang2 yang ikhlas dan benar2 beriman pastilah akan bersabardengan ujian itu,dan menerimanya dengan hati yang tenang..lalu,terbuktilah keimanan mereka..Namun,bagi golongan munafiq ujian adalah satu bebanan yang menyusahkanyang boleh menyebabkan mereka menyumpah2 dalam hati..Koreksilah diri kita,,dimana kita..


2) UJIAN SEBAGAI JALAN JIHAD,SUMBER PAHALA&TARBIYYAH KESABARAN


" Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan..Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang2 yang sabar..iaitu orang2 yang apabila ditimpa musibah,mereka mengucapkan "inna lillaahi wa innailaihi raji'un{al-baqarah:155-156}

Disini kita dapat simpulkan beberapa intipati dalam ayat ini..iaitu:

*Ujian sebagai tarbiyyah agar manusia bersabar
*Merupakan sumber pahala bagi orang2 yang sabar
*Ujian sebagai satu peluang jihad yang dikurniakan Allah..


3) UJIAN SEBAGAI PERINGATAN AGAR MANUSIA KEMBALI PADA ALLAH


"....dan kami uji mereka dengan(nikmat)yang baik2 dan (bencana)yang buruk2 ,agar mereka kembali (kepada kebenaran)
{al-A'raaf :168}



Ujian Allah jika kita lihat bukan sekadar kesusahan,akan tetapi juga nikmat dan ketenangan.apakah manusia itu bersyukur dengan nikmat itu atau tidak??Ayat ini juga menggambarkan betapa Maha Pengasihnya Allah..manusia kadang2 lupa,leka..tetapi,Allah masih sayang pada hambaNya dengan cara uijan agar manusia kembali pada firah asalnya..setiap manusia fitrah dilahirkan baik..jadi,apabila terpesong sedarlah hidayah dariNya datang pelbagai bentuk..genggamlah ia sebelum ia terlepas dan tidak akan kembali lagi..bertaubatlah,kerana sudah pasti tidak akan tertanggung azab diakhirat kelak..sedangkan ujian yang sedikit pun terasa susah..apatah lagi di akhirat nanti..


4) UJIAN SEBAGAI PENGHAPUS DOSA



Sabda Rasulullah s.a.w :"Setiap mukmin itu apabila tercucuk padanya satu duri sekalipun,akan dikurangkan dosanya pada hai kiamat(Riwayat Ahmad)

Rasulullah s.a.w menggunakan syibbih duri,menunjukkan bahawa sekecil mana pun kesakitan akibat ujian yang dialami oleh seorang mukmin,akan menjadi penghapus dosabaginya diakhirat kelak..

Alangkah bahagianya seorang mukmin,apabila diuji terus dia ingatkan dosanya yang akan terhapus diakhirat nanti,lalu tenanglah dia,sakitnya tidak akan terasa!!!

Jadi sedarlah wahai manusia,Ujian yang ALLAH turunkan buat manusia itu merupakan sesuatu yang positif..Justeru,setiap kali diuji seharusnya kita ingat bahawa Allah itu Maha Sempurna lagi Maha Mengetahui..dan tidak menzalimi hambaNYa..

"dan tiadalah Allah berkehendak untuk menganaiya hamba-hambaNya"
{aal-Imran:108}


"SEsungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun,akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri."
{yunus:44}

Tangan yang menaip lebih dekat dengan tuan punya badan..saya mengingatkan diri saya, juga kawan2,sahabat2,antum,antunna sekalian,agar kita thabit pada jalanNya..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..cuma kita saja samada sedar @tidak..

segala yang baik dari Allah yang buruk dari Allah disandarkan pada saya.maaf andai tekasar bahasa..hiduplah untuk ISLAM...

Senyumlah


senyumlah,

pasti api menjadi air


senyumlah,

pasti amarah jadi ramah


senyumlah,

pasti ego dirobek, bahgia menempek


lihat cermin..dan senyumlah,

anda kan lihat senyuman di cermin.


sahabat itu cerminan bg dirimu.


kuntuman senyum mekar yang terukir di cermin

bukankah bahgia kamu tatapnya?


usang jiwa tanpa jagaan iman

Saat Tetamu Sepi Mengetuk Hati,

Ada Satu Kekosongan Dirasai,

Jiwa Kosong Mulai Menagih Kasih Simpati,

Pada Insan Yang Menjual Harga Diri,

Demi Mendamba Cinta Palsu Yang Hakiki,

Jauh Dari Kasih-NYA Yang ABADI,

Wahai Jiwa Yang Kontang,

Inilah Iman Yang Gersang...

Membuat Hati Sentiasa Walang,

Merindui ALLAH Memberikan Petunjuk,

Agar Nafsu Dalam Sentiasa Tunduk,

Pada ALLAH KU Cuba Sentiasa Tawadhuk,

Agar Cinta Yang Didambakan,

Beralih Bentuk Dalam Hati Subur Mewangi

Kasihnya ALLAH Tiada Bertepi,

Inilah Cinta Yang Kucari Selama Ini,

Doa Harapan Ku Ukir Setiap Hari,
Agar Berkekalan Cinta Di Hati..

Moga ditempatkan bersama para solihin

Asiah bt Imaduddin.. Tiada lagi bicara lunak dan hikmah dari ibu. 

Nu rindu ibu. Nu sayang ibu. Tetapi Nu tahu, bu.. Allah sayangkan ibu lebih dari sayangnya Nu pada ibu. Nu redha. Meski ibu pergi, suara ibu di saat akhir masih terngiang-ngiang.

Bu, moga aman di sana. Moga ditempatkan bersama para solihin.

carilah usrah

"Nuraisha, bila udah ke U, cari lah usrah."

Bait kata ayah terngiang-ngiang. Kenapa perlu cari usrah? Apa maksud ayah? Adakah usrah tu wajib? Namun itu hanyalah lontaran suara hati. 


"Kak Aisha, join usrah tu wajib ke kak?" kedengaran soalan terpacul dari peserta Wajah2 Kilauan Permata Cordova (Cordov). Riak air muka peserta lain seolah menanti jawapan.


"Ayah, kenapa hari tu ayah suruh Nu cari usrah? wajib ke ayah?"
Lalu ayah menjawab.
"Boleh jadi wajib, dan ia juga tak wajib." Ayah meneruskan pembacaan kitab dan membuat persediaan untuk menjadi khatib di masjid jamek al-Falah. Ayah selalu begini. Ayatnya ringkas. Tidak lagi ayah diganggu dengan tujahan soalan. Biarkan ayah bersedia. Jawapan yang aku ingini pasti ada. Sama ada segera, mahupun perlahan-lahan ku hadam dalam erti lewat kehidupanku. Dan penitian hidup sedikit sebanyak membuahkan faham..





“ Hmm... Usrah itu, wajib dan tak wajib”. Jawabku dengan tenang dan yakin. Ayah, Nu pinjam jawapan ayah kepada Nu dulu.

“Eh, kak Aisha, guane tu?” soal pula peserta muslimin. Sudah terduga persoalan itu akan keluar; seperti aku dulu, menyoalkan ayah. Bibir mengukir senyum. 


"Gini, usrah tu wajib kpd orang yg menjadi ahli da’wah; tapi tidak wajib kepada yang bukan ahli da’wah.”

Terpancar riak kurang berpuas hati dikalangan peserta.
Adik muslimin tadi menyoal kaget. 
“Erm.. macam mana tu kak? bukan ke stiap orang yang mengatakan lailaha illa allah tu, dia adalah da'ie”. Dikalangan peserta ada yang mengangguk stuju dengan adik muslimin tadi.

"betul."

"Sebenarnya, kewajiban menyertai usrah ini jatuh kepada ahli da’wah, ya'ni orang yang dah berintima’ dengan jemaah islam secara langsung.
Baik, kakak bagi analogi, setuju tak kalau akak bagitahu adik-adik, hanya orang yang mendaftar di universiti saja yg wajib gi kuliah (lecture), dan orang yang tak daftar masuk universiti tidak wajib ntuk masuk lecture walaupun umur mereka sebaya.”

Mereka tersengih.


Ku jelaskan, pada diriku dan pada peserta juga, dan tangkas juga ku ingatkan buat saudara seperjuanganku, bahawa dengan persetujuan menyertai jemaah islam (berbai'ah) bererti kita telah bersetuju menurut segala perancangan yang disusun oleh jama'ah. Perkara pokok sebuah jama'ah Islam ialah tarbiyyahnya dan usrah adalah tunjang tarbiyyah. Justeru, menyertai usrah adalah wajib kepada ahli jama'ah kerana disitu tempat percambahan fikrah jemaah berlaku.


"Maksudnye, usrah tu tempat menuntut ilmu lah, kan? " Mataku tertacap pada seorang muslimat yang bertanyakan itu.


“Usrah bukan tempat menuntut ilmu!” Beberapa peserta kaget.
“Usrah juga bukanlah tempat untuk berukhuwwah.”
Kedengaran para peserta berbisik sesama sendiri. Ada yang hanya menunggu penuh sabar. 

"Usrah bukan seperti kuliah di bilik kuliah. Usrah adalah tempat untuk kita berbincang, bukan untuk menadah kitab. Usrah bukanlah tempat untuk berukhuwwah, tapi tempat untuk membina ukhuwwah. Outcome dari usrah barulah kita katakan mendapat ilmu dan ukhuwwah. 

Sebagai analogi, di kilang kereta, orang tak naik kereta. Di situ tempat buat kereta. Dari besi yang besar, keras serta tidak berwarna, ia diketuk, dipanaskan , di pandu uji , dibentuk acuan dan kemudian dicat. Besi itu dipasangkan pula dengan stering, tayar , cermin dan pelbagai lagi. Setelah proses ‘tarbiyah’ itu berlaku, barulah sebuah kereta yang canggih dan lawa di pasarkan. Berebut-rebutlah kita memuji kemantapan kereta itu. Itu jika proses pembuatannya teliti, kalau cincai…Ranap lah kereta, mudah remuk. Bersiap sedialah dengan komen dan kutukan pengguna.

Begitulah dengan usrah, segala proses pembentukan itu berlaku dalam usrah. Dari seorang yang tidak dikenali kepada orang yang terkenal. Hasilnya hanya dapat dilihat di luar usrah. Sebab itu dahulu pernah dipopularkan satu istilah, “Usrah yang sebenar bermula dengan tasbih kafarah dan berakhir dengan al fatihah.”


Tidak wajib menyertai usrah kerana dia bukan ahli da’wah. Menurut al Fadhil Ustaz Fathi Yakan, mad’u boleh diklasifikasikan kepada 2 golongan. Golongan istifadiah dan golongan jamhariah. 

 

Golongan istifadiah ialah golongan ekslusif. Mereka sudah ada kesedaran islam. Bahkan mereka sudah mula dan mahu menyebarkan islam. Bagi golongan ini, mereka wajib berusrah kerana mereka merupakan golongan yang sudah berintima dengan jemaah. Mereka inilah yang kita gelarkan sebagai ahli da’wah.

 

Golongan jamhariah ialah golongan orang awam. Mereka baru nak berjinak-jinak dengan Islam. Kalau di UTP dan kebanyakan kampus, mereka ialah adik-adik smart group. Mereka belum lagi menjadi ahli da’wah. Pendekatan kena berbeza dengan orang yang berlatar belakang pendidikan Islam.Tak boleh stereotaip. Kena banyakkan program sampingan seperti ziarah, riadah, makan bersama, rehlah dan apa sahaja yang boleh menarik minat.


Wahai adikku sayang, tiada siapa kata usrah hanya boleh dijalankan di masjid semata, bukan? Ingatlah , usrah bukanlah tempat untuk menuntut ilmu, tapi tempat untuk membina kefahaman. Selamat berusrah, adik-adikku.. Dan selamat membina diri kearah nuqaba' cemerlang, kerana kalian adalah wajah-wajah yang bakal menggilap kembali permata Cordova.

Bicara "Baitul Muslim"


'Baitul Muslim' yang semakin tenat....


Coretan ini hanya ditujukan buat mereka yang mahu memuhasabah diri dan jamaah... Terpulang nak percaya atau tidak...

 

“Apabila sesuatu urusan itu diserahkan bukan kepada ahlinya, maka nantikanlah kehancuran” – Hadith riwayat al-Bukhari

 

Sejak kebelakangan ini, hati ini semakin bergelora ibarat ombak yang bertalu-talu menghempas batu karang di lautan... Isu ini isu lama, bahkan ada yang sudah terbiasa dengan perkara yang suatu masa dulu dianggap maksiat. Saya tidak bertujuan untuk untuk menghentam mana2 pihak, cuma ingin mengajak diri saya serta pembaca blog ini untuk sama2 bermuhasabah...

 

Dengan ikhlas, saya mengakui bahawa sistem bm (di tempat saya bernaung ini) membawa manfaat yang besar dalam usaha memastikan kesinambungan perjuangan ahli dalam meniti fasa pebinaan baitu muslim yakni fasa kedua selepas fardhu muslim. Bagaimanapun, sejak (tahun) kebelakangan ini, saya melihat ada banyak perkara yang tidak jelas, syubhah, mengarut, 'bidah' dan sebagainya. Apatah lagi bilamana perkara itu dilakukan sendiri oleh orang2 yang diberikan amanah untuk menjaga sistem bm itu...

 

Bayangkan, bila mana pemegang amanah itu sendiri dengan tanpa rasa bersalah menghantar mesej "kenapa muka enti nampak lain hari ini?" semasa meeting tanzim diadakan. Dan si muslimat juga menjawab "muka ana nampak lain ke?". Tak rasa bersalah ke antum buat macam ni dalam meeting bm? Bukankah antum sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dan menjaga amanah ini dengan sebaiknya? Menjaga amanah untuk mendidik hati2 yang ingin berjuang agar tidak hanyut dalam lembah zina hati atau istilah mudahnya kemaruk cinta?

 

Bilamana ajk bm 'berfatwa' bahawa pasangan bm boleh menghantar mesej tazkirah kepada pasangan masing2, tidakkah antum terfikir bahawa setiap ahli kita ini bukannya terdir daripada malaikat yang suci dari dosa? Tidakkah terlintas bahawa dengan 'fatwa' itu kalian sedang membuka ruang dan peluang untuk pasangan ini terjebak lebih jauh dalam zina hati? Ana bagi satu contoh mudah:

Muslimin menghantar mesej tazkirah kepada si muslimat tentang solat dhuha.

Lalu si mulimat menjawab "enta sudah dhuha ke?"

Muslimin: Belum, jom kita dhuha sama2...

Muslimat: Ok, jom...

(Lepas solat dhuha, *tak kisahla dhuha tu ikhlas kerana Allah atau semata2 kerana ingin memenuhi hasrat pasangan)

Muslimin: Alhamdulillah dah dhuha... bla... bla...bla....

 

Akhirnya perbualan ini menjadi semakin meleret dan yang tadi kononnya hanya nak bagi mesej tazkirah, akhirnya semakin tak tentu arah.... Ini belum kes kejutkan tahajjud la, sahur la dsb... Silap hari bulan, bawa usrah pun sebab pasangan suruh malah ada yang tak bawa usrah sebab gaduh dengan pasangan... Na'udzubillah...

Banyak juga kes yang berbm sejak tahun pertama, bahkan ada yang berbm sejak sebelum degree sebab dah jadi macam tradisi atau kebiasaan... Macam mana ajk bm nak menggesa agar ahli benar2 serius dlm bm sedangkan mereka sendiri belum dapat menentukan hala tuju bm masing2. Yang paling 'memualkan' bila golongan ini seakan2 hanyut dengan dunia bmnya... Jujurlah, mungkin kalian tidak pernah tahu erti sebuah kemanisan bersusah payah mengusahakan sebuah perkahwinan dalam keadaan serba kekurangan... Justru kalian sering memberikan alasan 'nak kenal hati budi dulu, nak bagi mantap kewangan dulu...' atau macam2 lagi alasan... Padahal mungkin ada yang berbm semata2 nak menghalalkan istilah couple yang kononnya sangat menjengkelkan itu...

 

Ana sedih sangat bila ada ajk yang memberikan hadiah harijadi kepada pasangannya saban tahun kerana ingin mengukuhkan ikatan bm sedangkan tidak pernah memberi apa2 kepada anak usrahnya untuk mengikat ikatan ukhuwah sesama mereka... Kalian lebih rela bersedih kerana pasangan yang demam (mungkin berpura2 demam) berbanding risaukan kesihatan sahabat2 atau anak usrah...

Sahabat, sedarkah kalian bahawa hal bm ini bukan perkara main2? Ini melibatkan masalah hati... Ini melibatkan keberkatan dalam gerak kerja kita... Ini melibatkan soal dakwah...

Jangan bermain dengan api kalau takut terbakar tangan...

Jangan bermain dengan hati kalau takut terbakar iman...

 

Bukan salah untuk berbm, tapi tolonglah jaga elok2... Jangan berangan nak compare bm dengan sunnah Rasulullah... Terlalu jauh berbeza... Malulah dengan 'pecah amanah' yang kalian lakukan... Malulah sekiranya bm yang bagai nak rak ini akhirnya terputus di tengah jalan...

 

Yang paling geram, bila ada muslimin suruh naikkan adik muslimat semata2 nak membolehkan hasrat si muslimin utuk berbm dengan muslimat itu... Macam mana ahli nak thiqah kalau pemegang amanah sendiri hanyut dengan dunia bmnya? Sampai dengan senang2 melafazkan I Love You ... kepada insan yang belum tentu jadi suami... Ini juga berlaku di kalangan pemegang amanah itu sendiri...

Hello.... cegah masalah bm dulu sebelum buat operasi cegah couple ye...

Imam Syafie kata:

Orang jahil buat dosa kerana kejahilan mereka, sedangkan kita buat dosa dlm keadaan kita sedar...

Ini bukan kali pertama ana membicarakan tentang masalah bm. Bahkan sudah berkali2 bahkan pernah membicarakan sendiri dengan mereka yang sepatutnya... Tapi, masih banyak aduan dan semakin banyak kisah2 yang terbongkar di sebaliknya... Fikir-fikirkanlah...

 

http://kembara-ummuthariq.blogspot.com/2009/11/baitul-muslim-yang-semakin-tenat.html